Kementerian Luar hari ini mengesahkan identiti tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Safawi, utara Amman, Jordan sebagai Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah Mohd Shafie.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, baki dua pelajar yang cedera dikenal pasti sebagai Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif. Mereka menerima rawatan awal di Hospital Mafraq.
Menurut kenyataan lagi, urusan pemindahan pelajar yang cedera ke Amman sedang diuruskan Kedutaan Besar Malaysia di Amman dengan mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan negara itu.
Kesemua waris pelajar telah dihubungi dan urusan berkaitan sedang diuruskan oleh pihak kedutaan.
"Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu dan dinaiki mangsa, yang ketika itu dalam sesi lawatan, dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Kejadian telah mengorbankan tiga pelajar manakala dua yang lain mengalami kecederaan.
"Sehubungan itu, Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat ," kata kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, kesemua mereka merupakan pelajar tahun tiga Universiti Mu'tah yang terletak 143 kilometer dari selatan Amman.
Sementara itu, portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) memaklumkan, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah berasal dari Kelantan manakala Fatin Ikmal Izyani pula dari Kuala Lumpur.
Bagi pelajar yang cedera Fatin Nor Syahirah dan Izam Hasif masing-masing berasal dari Kelantan dan Negeri Sembilan.
Astro Awani
Sun Jan 24 2016
Mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jordan telah dikenal pasti sebagai Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah Mohd Shafie.
Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu
Ia sekali gus menjadikan program itu berada pada tahap yang baik dalam mencapai sasaran untuk menyantuni 100,000 individu.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Keputusan itu juga seiring kepengerusian BRICS oleh Brazil serta peranannya sebagai hos Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP).
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Menerusi kenyataan bersama Anwar dan Lula da Silva, kedua-dua pemimpin juga mahu pengwujudan Palestin yang berdaulat.
RM22.8 juta peruntukan dibelanjakan naik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD - KKDW
Naik taraf infrastruktur ICT di PKD bagi menjadikannya pusat latihan komuniti maya yang melahirkan masyarakat desa berkemahiran.
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
Mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi Ahad.
Wanita boleh mainkan peranan penting dalam pemuliharaan Imbak Canyon
Baru-baru ini, 12 wanita menghabiskan masa dua minggu dalam hutan Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon untuk menjalankan ekspedisi saintifik.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Kompleks Sukan Bukit Merbau dijangka mampu penuhi sasaran 20,000 penonton
Bakal dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton.
Mercy Malaysia ucap terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Amman
Mercy Malaysia ucap terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia di Amman kerana membantu dan memudahkan pemindahan enam anggota EMTnya dari Rafah.
Raja Abdullah akui enggan warisi takhta kerajaan Jordan, sehinggalah...
Raja Jordan, Raja Abdullah II akhirnya mengakui enggan menerima takhta kerajaan Jordan apabila ditawarkan almarhum ayahanda baginda, Raja Hussein beberapa minggu sebelum kemangkatan baginda.
Identiti tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti
Kementerian Luar hari ini mengesahkan identiti tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Safawi, utara Amman, Jordan semalam.
MACAM-MACAM HAL: Wartawan bergaduh dalam program debat di Jordan
Program diskusi itu jadi hangat dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila Mohammed menuduh Shaer sebagai "sesat"
Kemalangan di Jordan: Seorang pelajar Malaysia maut, empat cedera
Seorang pelajar Malaysia di Jordan maut manakala empat lagi dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya.
Jordan tahan 11 suspek sekutu Al-Qaeda
Pihak berkuasa jordan menahan sebelas suspek militan sekutu Al-Qaeda yang dipercayai merancang plot serangan bom di negara berkenaan.