Ihsan Perdana Sdn Bhd pada Jumaat menafikan ada memindahkan wang ke dalam sebarang akaun individu termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Urusannya Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata dakwaan bahawa syarikat itu memindahkan wang untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke dalam akaun peribadi Najib adalah tidak berasas.
"Dakwaan itu adalah tidak berasas dan merupakan pembohongan... saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri seperti didakwa dalam laporan media," katanya dalam satu kenyataan.
Syarikat Ihsan Perdana yang melaksanakan program CSR untuk Yayasan Kebajikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah disebut dalam satu artikel oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam.
Artikel itu mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan Ihsan Perdana adalah antara syarikat yang terlibat menurut penyiasat yang tidak dinamakan.
Dr Shamsul Anwar dalam menafikan dakwaan itu berkata projek CSR yang dilaksanakan Ihsan Perdana diaudit sepenuhnya.
BACA: 'Saya tak pernah ambil dana untuk kepentingan peribadi' - Najib
BACA: Dakwaan WSJ tanpa bukti kukuh tidak boleh diterima - Khairy
BACA: SPRM sudah mulakan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd
BACA: Laporan WSJ: 'Kalau sahih, kenapa tak dedahkan sumber?' - Rahman Dahlan
BACA: 1MDB nafi pernah salur dana ke akaun milik Najib
Bernama
Sat Jul 04 2015
Syarikat Ihsan Perdana yang melaksanakan program CSR untuk Yayasan Kebajikan 1MDB, telah disebut dalam laporan Wall Street Journal semalam.
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat
Kirtadze, ahli parti pembangkang UNM pimpinan bekas Presiden Mikheil Saakashvili, menyimbah cat ke muka Kalandarishvili ketika dia dan wakil semua parti yang bertanding dalam undian 26 Oktober lalu, bertemu untuk mendengar keputusan akhir pemilihan yang menjadi pertikaian.
Rakyat Senegal undi pilih anggota Dewan Kebangsaan
Senegal mengadakan pilihan raya awal pada Ahad, apabila rakyat akan memilih 165 anggota Dewan Kebangsaan untuk tempoh lima tahun.
Jepun rancang perkenal sistem tram tanpa landasan ke Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun merancang untuk memperkenalkan sistem tram tanpa landasan dengan tayar getah, keluaran syarikat China, CRRC, bagi mengurangkan karbon dan kesesakan di Gunung Fuji.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi - Zambry
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan untuk menghentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang daripada 30 peratus.
Agensi kerajaan siap siaga namun adakah sektor lain bersedia?
Antara yang perlu diberi perhatian adalah mereka yang berada di barisan hadapan ketika bencana di kawasan tertentu seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.