Ikan kering yang dijemur terlebih dahulu jadi santapan si anjing yang berkeliaran.
Dimakan, dipijak dan tidak tahu apa lagi yang dilakukan anjing berkenaan.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) selepas banyak menerima aduan mengenai tahap kebersihan industri memproses ikan dan udang kering.
Dakwaan itu berasas.
Satu video yang memaparkan keadaan itu dirakam di sebuah pusat memproses ikan kering di utara Semenanjung.
Kelihatan enam ekor anjing yang berada berdekatan menuju ke arah jemuran ikan sebelum memijak dan memakannya.
Sehubungan itu Presiden PPMKU, Leftenan Kolonel Che Johan Che Hassan menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera.
"Kalau saya tak bangkitkan isu ini, adalah satu bebanan, adalah satu tanggungjawab yang saya telah gagal untuk maklum kepada semua masyarakat Melayu di kawasan utara ini supaya bukan kita nak boikot ikan kering ini, tapi pengusaha perlu lebih prihatin menjaga kebersihan kawasan jemuran ikan kering," kata Che Johan.
Kawasan yang kami tinjau terkenal dengan penghasilan produk hiliran seperti ikan bilis, udang dan ikan kering.
Majoriti penduduk di kawasan itu juga bukan warga tempatan, malah ada antara mereka yang tidak pandai bercakap bahasa Melayu.
Mereka juga melarikan diri ketika cuba dihampiri wakil kami.
Menurut Che Johan, ikan kering yang diproses di kawasan itu adalah untuk pasaran di seluruh utara Semenanjung, terutama Kedah dan Perlis.
Tambahnya, kira-kira 95 peratus pengusaha ikan dan udang kering terdiri daripada pengusaha bukan Melayu.
Salim Aziz
Mon Mar 04 2019

Ikan kering yang dijemur terlebih dahulu jadi santapan si anjing yang berkeliaran.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tak mungkin, jemuran ikan kering Langkawi dipijak, dijamah anjing - Pengusaha bersuara
Ikan kering dihasilkan di Langkawi tidak lagi dijemur di bawah matahari.

Ikan kering dijemur jadi santapan anjing sebelum dipasarkan
Dimakan, dipijak dan tidak tahu apa lagi yang dilakukan anjing berkenaan.