Seekor ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, petang Selasa.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mamalia tersebut ditemukan nelayan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.
"APMM menerima laporan pada 4.47 petang tadi. Sebuah bot kilat 47 bersama empat anggota APMM kemudian dihantar ke lokasi terbabit bagi bantuan menyelamat, namun, ikan itu didapati telah mati," katanya menerusi kenyataan.
Muhammad Zulkarnain berkata usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam Selasa kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi ini.
Seekor ikan paus sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui pada Isnin di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian dan haiwan itu kemudian berjaya ditarik ke laut.
Bagaimanapun, buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah.
Bernama
Tue Feb 09 2016
Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah. - Gambar fail
Pilihan raya AS: Kakitangan sukarelawan beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan kakitangan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Pennsylvania.
"Saya rasa amat yakin" selepas mengundi di Florida - Trump
Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
SAR kapal korek pasir diteruskan hari kedua
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kapal korek pasir yang dilaporkan terbalik di perairan Parit Jawa, di sini pagi semalam, disambung semula.