IKEA Malaysia telah menarik balik dua jenis bar cokelat gelap iaitu Choklad Mork 60 peratus dan Choklad Mork 70 peratus, selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.
"IKEA amat mengutamakan keselamatan dan penarikan balik ini melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Mork 60 peratus 100g dan Choklad Mork 70 peratus 100g.
"Catatan BBD itu boleh ditemui di sebelah belakang pembungkusan bar coklat berkenaan (tahun/bulan/tarikh)," IKEA Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini.
"Individu yang alah kepada susu atau kacang hazel mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk tersebut," katanya.
Menurut IKEA Malaysia, pelanggan yang alah kepada susu atau kacang hazel atau yang dinyatakan sebaliknya adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden di gedung-gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.
"Kami memohon maaf bagi sebarang ketidakselesaan yang timbul," katanya.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan IKEA pada talian 03-7952 7575.
Bernama
Mon Jun 27 2016
![IKEA Malaysia tarik balik produk coklat gelap IKEA Malaysia tarik balik produk coklat gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71467020776_ChokladMork.jpg)
Pelanggan yang alah kepada susu atau kacang hazel atau yang dinyatakan sebaliknya adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden di gedung-gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya. - Gambar fail
Ekonomi: Tuntutan pengangguran mingguan AS meningkat sedikit
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 11,000 kepada 219,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 1 Februari.
Panama undur diri daripada inisiatif jalur dan laluan China
Inisiatif yang juga dikenali sebagai Laluan Sutera Baharu itu merangkumi pelbagai projek kerjasama perdagangan dan infrastruktur antara China dengan lebih 150 negara di seluruh dunia.
![Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922317_HelikopterTerhempa.jpg)
Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.
MRCB: Nilai perolehan kontrak tahun ini dijangka naik antara RM4 bilion - RM5 bilion
Hong Leong Investment Bank Bhd berkata langkah ini akan meningkatkan dengan ketara nilai perolehan kontrak luarannya berbanding paras semasa RM4 bilion.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC menjelaskan ia diadakan susulan aduan rakyat mengenai kenaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta, premium insurans dan impaknya kepada sistem kesihatan awam.
SST: Hasil untuk 2024 melebihi jangkaan
MOF juga berkata pengembangan skop SST yang dimuktamadkan dan semakan kadar akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025.
Rizab antarabangsa bnm berjumlah US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Tidak perlu ubah sistem permarkahan 21 mata - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berpendapat tiada keperluan untuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar sistem pemarkahan 21 mata sedia ada.
![Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738921212_PPKM.jpg)
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
![IKEA Malaysia tarik balik produk coklat gelap IKEA Malaysia tarik balik produk coklat gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71467020776_ChokladMork.jpg)
IKEA Malaysia tarik balik produk coklat gelap
IKEA Malaysia telah menarik balik dua jenis bar cokelat gelap iaitu Choklad Mork 60% dan Choklad Mork 70%, selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan tidak jelas.