Majikan di sini diingatkan supaya tidak menidakkan usaha kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memberikan permit kepada para pekerja mereka termasuk yang telah tamat tempoh atau berada di tanah tinggi itu tanpa permit sah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan usaha yang dilakukan kerajaan itu termasuk mengeluarkan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan E-Kad kepada para pekerja adalah bertujuan membantu majikan.
"Jabatan Imigresen telah diminta mengeluarkan PLKS dan E-Kad kepada pekerja asing di sini. Mereka diminta bekerjasama dengan majikan terlibat untuk mendapatkan dokumen pekerja daripada kedutaan atau pejabat pesuruhjaya di kedutaan di negara asal pekerja.
"Kita mengharapkan majikan lebih bertanggungjawab kerana kita berhasrat untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Tindakan Pemulihan Cameron Highlands dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini.
Menurut timbalan perdana menteri, perkara itu adalah antara ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut yang berlangsung kira-kira sejam di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mesyuarat turut memutuskan agar semakan dan penilaian semula ke atas lebih 600 permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di tanah tinggi itu dibuat selepas ia ditolak sebelum ini.
Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat kerajaan negeri Pahang dengan mengambil kira faktor ekonomi serta kemanusiaan terhadap mereka yang terlibat.
Tambahnya kerajaan negeri juga diminta mempertimbangkan pemberian permit penggunaan tanah kepada pengusaha haram yang telah mengusahakan tanah di kawasan hutan simpan kekal seluas 217.3 hektar sejak 30 tahun lalu.
"Kita juga putuskan untuk memberikan peranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi peneraju bagi melakukan pemantauan bersama kerajaan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi yang terlibat secara berkala," katanya.
Menurut timbalan perdana menteri, pemantauan berkala itu penting untuk menentukan tidak berlaku pencerobohan secara haram atau hakisan yang boleh menyebabkan banjir luar biasa atau permasalahan yang mengakibatkan kerosakan alam sekitar di tanah tinggi itu.
Tambah Ahmad Zahid, mesyuarat hari ini juga memutuskan supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan secepat mungkin program gotong royong bersama jabatan lain, masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan untuk usaha pembersihan semua saliran bagi mengelak kejadian banjir kilat.
"Saya dimaklumkan oleh MB Pahang ada kenderaan pacuan empat roda dibuang ke tempat saluran itu. Saya mahu pengusaha dan majikan lebih bertanggungjawab, jangan mengaut keuntungan dengan meninggalkan masalah," tegasnya.
Ahmad Zahid berkata penempatan baharu juga akan dibina di kawasan yang telah dikenal pasti untuk menangani masalah perumahan 28 keluarga Orang Asli di Sungai Tiang selain melaksanakan program integrasi di Sungai Tiang serta baik pulih kawasan lereng bukit.
"Kita (mesyuarat) juga telah memutuskan agar rumah-rumah kedai yang telah disita untuk ditimbangkan LPS dengan penggunaan levi dan bayaran tertentu mengikut perundangan negeri Pahang serta Pejabat Daerah dan Tanah.
"Semua langkah yang telah diputuskan ini merupakan langkah proaktif yang diputuskan jawatankuasa ini dan merupakan kerjasama pintar untuk seluruh pengusaha serta penduduk Cameron Highlands," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Ahmad Zahid diberi penerangan oleh pegawai mineral dan geo-sains mengenai Perancangan Pengukuhan Cerun ketika melawat Kampung Orang Asli Sungai Tiang di Lembah Bertam, Cameron Highlands, hari ini, 19 Mei, 2017. --fotoBERNAMA
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.