Kementerian Luar akan memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan mengenai keputusan kerajaan negara itu meletakkan Malaysia dalam Indikator 'K' berhubung nasihat perjalanan dikeluarkannya pada 9 April.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana keputusan Washington itu dikhuatiri memberi pelbagai implikasi negatif terutama kepada sektor pelancongan dan komuniti perniagaan di negara ini.
"Kita sudah nyatakan pendirian tegas sebelum ini bahawa kita sama sekali tidak bersetuju tindakan Washington yang mengklasifikasikan Malaysia dalam senarai 'K' mereka yang bermakna rakyat negara itu berisiko diculik atau dijadikan tebusan.
"Justeru kita akan memanggil duta AS dalam masa sehari dua ini bagi mendapatkan penjelasan dan berharap daripada pertemuan itu Washington dapat mengubah keputusan itu," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Ruang Bicara bersama Bernama News Channel di sini, hari ini.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad berkata, indikator yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat menunjukkan kebimbangan kerajaan AS terhadap potensi penculikan atau situasi tebusan di kawasan-kawasan tertentu di wilayah timur Sabah.
Indikator itu dikhuatiri akan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelancong dan pelabur yang mementingkan kestabilan dan keselamatan dalam melabur di sesebuah negara.
Mengulas lanjut mengenai potensi penculikan dan situasi di kawasan wilayah timur Sabah yang menjadi alasan Malaysia diletakkan dalam Indikator 'K', Saifuddin berkata kerajaan telah menjelaskan sebelum ini bahawa kejadian itu sangat terpencil dan ia semakin berkurangan.
"Masalahnya Amerika Syarikat selalu buat keputusan berasaskan kepada kriteria-kriteria yang sama ada berat sebelah atau tidak melihat gambaran yang lebih besar...sama macam dia lihat terrorisme.
"Siapa dia anggap tidak sesuai dengan politiknya, dia anggap pengganas...apa lagi dalam keadaan sekarang apabila Donald Trump jadi Presiden...banyak kita lihat penilaian dibuat terhadap negara asing dan pertubuhan antarabangsa memang di luar jangkaan...saya rasa ini juga faktor keluarnya nasihat perjalanan dimaksudkan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2019

SAIFUDDIN: Kita sudah nyatakan pendirian tegas sebelum ini bahawa kita sama sekali tidak bersetuju.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Indikator 'K': Kementerian Luar akan panggil Duta Amerika Syarikat
Keputusan Washington itu dikhuatiri memberi pelbagai implikasi negatif terutama kepada sektor pelancongan dan komuniti perniagaan di negara ini.