Pesakit yang dijangkiti virus influenza disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan antiviral, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata penggunaan ubat antiviral dapat mengurangkan simptom serta komplikasi penyakit namun ia perlu digunakan secara rasional bagi mengelakkan kerintangan antimikrobial (antimicrobial resistance) yang menyebabkan rawatan tidak berkesan.
"Ubat Oseltamivir adalah ubat antiviral yang digunakan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus influenza. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama Oseltamivir yang berdaftar antaranya Tamiflu, Fluhalt, Osmivir dan Starflu.
"Pesakit disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. Doktor akan memberi rawatan yang bersesuaian selepas penilaian ke atas keadaan semasa pesakit dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau berkata bagi fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Oseltamivir dibekalkan di bawah syarikat konsesi yang telah diarahkan untuk menyimpan stok yang mencukupi dan tiada masalah bekalan di fasiliti KKM walaupun permintaan telah meningkat empat kali ganda pada Disember lepas.
Bagaimanapun, katanya terdapat permintaan mendadak di fasiliti kesihatan swasta, menyebabkan lima pembekal berdaftar sedia ada tidak dapat menampung permintaan berkenaan dan bagi mengatasi masalah itu, KKM telah memberikan kelulusan khas untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal alternatif.
Katanya, KKM telah meluluskan hampir 1.1 juta kapsul bagi tempoh Dis 2019 hingga Januari untuk memenuhi permintaan fasiliti kesihatan swasta dan jumlah itu dianggarkan dapat merawat sejumlah 110,000 pesakit.
Berhubung pembekalan vaksin influenza, Dr Noor Hisham berkata vaksin itu hanya ditawarkan di fasiliti KKM sebagai sebahagian daripada regimen rawatan kepada pesakit yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan termasuk kematian apabila dijangkiti virus influenza dan pemberiannya adalah berdasarkan kepada penilaian klinikal daripada pakar.
"Vaksin ini juga turut diberikan kepada golongan anggota barisan hadapan KKM yang terdedah kepada jangkitan semasa mengendalikan pesakit. Orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin influenza boleh mendapatkan suntikan berkenaan di fasiliti kesihatan swasta," katanya.
Katanya sehingga kini, terdapat enam produk vaksin influenza yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia dengan jumlah keseluruhan kuantiti yang telah dibawa masuk untuk pasaran Malaysia sepanjang 2019 bagi keenam-enam produk vaksin itu adalah sebanyak 638,388 dos.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan bekalan itu, hanya 10 peratus merupakan bekalan ke fasiliti kesihatan KKM.
Dr Noor Hisham berkata pembekal telah mengagihkan sejumlah 40,000 dos vaksin influenza ke hospital dan klinik swasta pada 7 Jan lepas, sehingga menyebabkan baki stok dalam simpanan pihak pembekal habis buat masa ini namun sejumlah 99,470 dos lagi akan dibawa masuk pada bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020

NOOR HISHAM: Doktor akan memberi rawatan yang bersesuaian selepas penilaian ke atas keadaan semasa pesakit dijalankan. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Isu kekurangan vaksin influenza tidak dijangka
Isu kekurangan vaksin influenza tidak dijangka dan ia berlaku bukan sahaja di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur tetapi kebanyakan hospital lain di negara ini.

Influenza: Dapatkan nasihat doktor sebelum ambil ubat antiviral - Dr Noor Hisham
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama Oseltamivir yang berdaftar antaranya Tamiflu, Fluhalt, Osmivir dan Starflu.