"Tak sangka keinginan bertemu dengan semua anggota keluarga merupakan permintaan terakhirnya sebelum pergi meninggalkan kami buat selamanya," kata sepupu kepada Affiah Ariffin Hew, 23, yang meninggal dunia susulan kemalangan ketika bermain ski di Perancis.
Kemalangan membabitkan pelajar University of Nantes itu berlaku di Nice pada Jumaat dan Affiah meninggal dunia sehari kemudian (awal pagi Ahad di Malaysia).
Mohammed Alif Mohamed Omar, 29, berkata kehilangan Affiah memberi kesan mendalam kepada seluruh anggota keluarga.
"Allahyarham seorang yang sangat peramah dan sering mengambil berat tentang orang lain...dia akan membantu sesiapa sahaja termasuk rakan dan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada dua bulan lepas ketika arwah balik untuk cuti semester, arwah datang ke kedai makan saya bersama keluarganya dengan memesan pelbagai jenis makanan sehinggakan ibunya sendiri menggelengkan kepala," kata Mohammed Alif.
Mohammed Alif berkata ibu Affiah, Latipah Madon, kini dalam usaha untuk membawa jenazah pulang untuk dikebumikan di Malaysia.
"Jika tiada masalah, jenazah Affiah akan dibawa pulang ke Malaysia dalam masa tiga hari dan terus dihantar ke rumahnya di Damansara," katanya.
Mohammed Alif mengakui masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian sebenar yang menimpa sepupunya itu.
Sementara itu, Kementerian Luar menerusi kenyataan hari ini mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Pihak kementerian sedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa dalam proses membawa jenazah ke tanah air," kata kenyataan itu.
Affiah merupakan anak sulung daripada dua beradik.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Pasteur di Nice selepas kemalangan itu sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Bernama
Tue Jan 26 2016
Kemalangan membabitkan pelajar University of Nantes itu berlaku di Nice pada Jumaat dan Affiah meninggal dunia sehari kemudian (awal pagi Ahad di Malaysia). - Gambar fail
RM22.8 juta peruntukan dibelanjakan naik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD - KKDW
Naik taraf infrastruktur ICT di PKD bagi menjadikannya pusat latihan komuniti maya yang melahirkan masyarakat desa berkemahiran.
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
Mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi Ahad.
Wanita boleh mainkan peranan penting dalam pemuliharaan Imbak Canyon
Baru-baru ini, 12 wanita menghabiskan masa dua minggu dalam hutan Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon untuk menjalankan ekspedisi saintifik.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Kompleks Sukan Bukit Merbau dijangka mampu penuhi sasaran 20,000 penonton
Bakal dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton.
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Ingin jumpa semua anggota keluarga permintaan terakhir Affiah - Sepupu
Mohammed Alif Mohamed Omar, 29, berkata kehilangan Affiah memberi kesan mendalam kepada seluruh anggota keluarga.