Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 1,471 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 12 April 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 949 individu kenakan kompaun RM1,000, 503 individu direman dan 19 individu dijamin polis.

"Semalam juga,sebanyak 51 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 12 April 2020 adalah seramai 8,647 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 3,105," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Pada hari sama juga PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 784 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 358,593 kenderaan.

"Sebanyak 35,825 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,275 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa," ujarnya.