KUALA LUMPUR: Setiap kali juga datang bulan yang penuh kemuliaan ini, pasti akan ada pelbagai peringatan untuk mencetus kesedaran dalam masyarakat Islam bagi memastikan ibadah puasa dan yang lainnya dijaga supaya tidak berkurangan pahala.
Sememangnya Ramadan adalah bulan ibadah. Di samping menjaga solat, masyarakat Islam juga disaran supaya melipatgandakan segala bentuk amalan mulia termasuk bersedekah dan meninggalkan perbuatan yang akan hanya merosakkan pahala berpuasa.
Turut ditekankan bahawa Ramadan bukan untuk berbelanja mewah, apatah lagi menambah hutang dan melakukan pembaziran termasuk pembuangan makanan!
Cuma yang dikesalkan masih ada masyarakat Islam yang berterusan dengan tabiat berbelanja sakan, sanggup berhutang keliling pinggang untuk persiapan hari raya dan terlalu banyak membazir makanan.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Malaysia (SWCorp) pernah membuat kajian yang menunjukkan betapa membazirnya rakyat Malaysia dalam soal makanan. Kajian yang dibuat perbadanan ini menunjukkan rakyat negara ini membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.
Kajian SWCorp juga mendapati sepanjang tempoh sebulan Ramadan setiap tahun, sebanyak 270,000 tan makanan yang tidak diusik dibuang! Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye pernah dipetik sebagai berkata, "jika disusun longgokan makanan 270,000 tan itu, ia bersamaan ketinggian 30 buah bangunan KLCC!"
Selain SWCorp, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga pernah membuat analisis sampah dan mendapati daripada 3,000 tan sampah yang dibuang setiap hari, 80 peratus adalah sisa makanan buangan dari rumah. Lebih mengecewakan mungkin, memandangkan ada orang yang mungkin kekurangan atau tiada langsung makanan, 40 peratus daripada 80 peratus makanan yang dibuang itu, masih berkeadaan elok dan boleh dimakan!
Meskipun kajian berkenaan dibuat bukan pada bulan Ramadan, ianya masih menunjukkan amalan pembaziran yang melampau sehinggakan satu kempen MYSaveFood@Ramadan diadakan pada Ramadan 2017. Elok kalau kempen ini diteruskan dan bukan hanya pada ketika umat Islam berpuasa.
Dalam hal berkaitan, pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan perlu mengadakan lebih banyak program untuk menyemai budaya hemat berbelanja dan mengikis tabiat membazir dalam kalangan masyarakat negara ini yang semestinya perlu dikekang.
Program ini juga wajar diperkenalkan di sekolah dan pusat pengajian tinggi di samping memupuk budaya menabung, walaupun mungkin tidak seberapa yang disimpan, sekurang-kurangnya generasi muda ini diasuh menghargai wang yang mereka peroleh, hasil keringat emak dan ayah.
Biasanya apabila datang bulan Ramadan, banyaklah pasar atau bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah khusus untuk berbuka puasa. Di setiap penjuru jalan juga ada gerai yang tiba-tiba muncul, ramai yang ingin meraih kesempatan untuk berniaga.
Malah ada yang sehingga mengambil cuti sepanjang Ramadan untuk membuka pelbagai perniagaan terutama menjual makanan kerana sememangnya boleh membawa keuntungan jika kena dengan barang yang dijual serta lokasi gerai. Cuma yang dikhuatiri peniaga "bak cendawan tumbuh selepas hujan ini" mungkin hanya mementingkan keuntungan sehingga mengenepikan kualiti makanan serta status halal sumber bahan mentahnya!
Di pasar atau bazar Ramadan inilah juga kita boleh melihat tabiat berbelanja yang lebih memihak kepada nafsu. Setiap gerai pasti hendak singgah. Bau makanan yang digoreng, dipanggang atau dibakar sudah cukup menaikkan nafsu makan. Daripada mahu membeli sejenis dua juadah berbuka puasa, akhirnya kedua belah tangan pasti sarat dengan plastik berisi makanan atau minuman.
Cuma yang menjadi lumrah kebanyakan makanan itu akhirnya dibakul sampahkan, sama ada kurang sedap atau sudah basi atau pun terlalu banyak yang dibeli sehinggakan tiada lagi ruang di perut untuk diisi!
Mereka yang suka membeli di pasar Ramadan ini mungkin tidak berkesempatan untuk memasak, apa lagi sekiranya suami isteri bekerja. Namun begitu masih ada yang lebih suka menyediakan sendiri juadah berbuka puasa dan sememangnya ini yang wajar dilakukan.
"Kita sebenarnya akan makan sikit sahaja, tak perlu pun beli makanan di luar. Lebih elok masak sendiri.
"Saya sudah tak berapa yakin dengan kualiti makanan yang dijual di pasar Ramadan. Pernah beli dan sakit perut," kata rakan penulis, Ina yang mempunyai dua anak lelaki, berusia enam dan sembilan tahun. Biasanya Ina dan anaknya akan berbuka dengan buah kurma dan hidangan nasi.
Menurut rakan penulis ini, anaknya lebih teruja dengan kedatangan Ramadan untuk menunaikan solat tarawih.
"Saya rancang dengan anak saya mana masjid nak pergi, masjid yang mesra kanak-kanak," kata rakan saya.
Bagi penjawat awam, Imran Nordin, beliau dan isteri juga lebih suka masak sendiri juadah untuk berbuka puasa.
"Makanan yang dijual di pasar Ramadan bukan sahaja mahal tapi kualiti juga ada kalanya tidak menepati selera kami. Daripada membazir lebih elok masak sendiri. Lagi pun bukan kita nak makan banyak sangat," tambahnya.
Apa pun, hendaknya Ramadan tahun ini memberi kita banyak keinsafan dan kesyukuran. Berhematlah berbelanja supaya kita dapat mengamalkan sifar pembaziran dalam kehidupan kita. Sesungguhnya Ramadan itu bulan ibadah, bulan untuk mengumpul pahala dan bukan sebaliknya.
Selamat menjalani ibadah puasa.
(Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangkan pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatakan oleh penulis)
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 24 2020
Ramadan tidak sepatutnya dicemari dengan amalan pembaziran makanan. - Gambar fail/BERNAMA
Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.
[TERKINI] Anggota polis dikhuatiri lemas di tali air
Seorang anggota polis dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
AWANI Borneo [22/12/2024] - Amaran cuaca | Angin kencang | Cuaca buruk
AWANI Borneo Ahad, 22 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan.
112 rumah atas air di Semporna rosak dipukul ribut.
Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Kuala Oya.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan.
112 rumah atas air di Semporna rosak dipukul ribut.
Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Kuala Oya.
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
Penjanaan pendapatan sarawak berpandukan undang-undang
Penjanaan sumber pendapatan Sarawak yang agak tinggi pada hari dilakukan berpandukan undang-undang dan perlembagaan sedia ada.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak , Datuk Fazruddin Abdul Rahman berkata, jumlah itu turut membuktikan tatakelola belanjawan wilayah itu diurus secara berhemah dan sebaik mungkin bagi memastikan ia memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak , Datuk Fazruddin Abdul Rahman berkata, jumlah itu turut membuktikan tatakelola belanjawan wilayah itu diurus secara berhemah dan sebaik mungkin bagi memastikan ia memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak.
SFC lupus sarang burung walet bernilai sekitar RM400,000
Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sibu telah melaksanakan operasi pelupusan sarang burung walet seberat 481.13 kilogram dengan anggaran nilai RM400,000 pada Sabtu.
Perintah reman suspek disambung tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 23 tahun disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Nurul Asikin Lan atau Amoi disambung selama tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Disember 2024.
20 KIR di Sulabayan terima kediaman baharu
Sebanyak 20 ketua isi rumah di kawasan Sulabayan Semporna menarik nafas lega selepas menerima kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
112 rumah atas air di Semporna rosak dipukul ribut
Sebanyak 112 buah rumah penduduk di empat penempatan atas air di Semporna, dilaporkan rosak akibat ribut dan angin kencang, awal pagi Ahad.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.