JUTAAN rakyat Malaysia mula memakai pelitup muka dengan kerap sejak COVID-19 menyerang negara namun tidak ramai sedar cara membuangnya dengan betul dan selamat.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kutipan sisa domestik dan pembersihan awam, KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir berkata, cara pembuangan pelitup muka yang tidak betul boleh menyebabkan virus itu tersebar.
Bercakap kepada Astro AWANI pada Khamis, beliau turut berkongsi cara paling mudah membuang pelitup muka dengan masa diambil tidak melebihi 30 saat.
“Kalau betul nak buang mask (pelitup muka), saya tunjukkan cara paling mudah. Dah buka mask, ambil, lipat dua dan kita boleh gulung. Gulungkan perlahan-perlahan dan saya rasa proses ini akan ambil masa tak lebih 20 saat.
“Selepas itu, kita ikat gulungan tadi dan buang di mana-mana tong sampah yang disediakan.
“Sebab apa perlu gulung? Kalau tak digulung, topeng yang ringan ini akan diterbangkan angin... dan kalau diterbangkan, ia akan pergi ke macam-macam tempat dan virus itu akan merebak lagi,” katanya.
Tambahnya, selepas semuanya selesai, individu yang membuang pelitup muka itu perlu membersihkan tangan menggunakan pensanitasi atau sabun.
Dalam perkembangan berkaitan, Ramli berkata, disebabkan pelitup muka dibuang merata-rata dan tidak dilakukan dengan betul, ia menyebabkan tugas kakitangannya menjadi rumit setiap kali melakukan kerja pembersihan.
“Krew kita ada lebih kurang 9,000 orang yang kerja di lapangan. Apabila virus ini menyerang negara, kita keluarkan SOP (prosedur operasi standard) baharu bahawa kakitangan diwajiban memakai pelitup muka dan sarung tangan ketika bertugas.
"Bila penutup muka tak dibuang dengan betul, ini menyebabkan tugas pembersihan menjadi rumit.
“Ia jadi rumit sebab kru perlu kutip dalam longkang, tepi tong sampah, bawah kereta, terpaksa bongkok untuk ambil, di tepi padang pun ada. Ini membuatkan kerja-kerja pembersihan mengambil masa lebih lama,” katanya.
BACA: Topeng dibuang begitu sahaja, kontraktor kutip sampah hadap bahaya
BACA: Ambil tindakan kepada mereka yang buang topeng muka tidak ikut peraturan
Baru-baru ini, Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang sengaja membuang pelitup muka tanpa mengikut kaedah yang tepat.
Menurutnya, tindakan itu perlu dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, pembuangan pelitup muka merata-rata juga akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan boleh mengakibatkan saluran air tersumbat.
Ridauddin Daud
Thu Jun 04 2020

Ramli berkata, cara pembuangan yang tidak betul boleh menyebabkan virus itu tersebar. - Gambar http://kdebwm.com

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.