PEMERKASAAN masyarakat ialah proses membolehkan masyarakat meningkatkan kawalan terhadap kehidupan mereka.

Ini bermaksud bahawa orang memantau diri mereka sendiri dan mengambil tindakan apabila perlu dengan menggunakan usaha dan cara mereka sendiri.

Ini sejajar dengan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian laporan COVID-19 pada 12 Mei 2020, di mana beliau merayu agar orang ramai mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang berlangsung.

Ini adalah penting di mana kepatuhan, disiplin dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat adalah penting bagi menghindari penularan kembali wabak COVID-19 ini semasa musim perayaan Aidil Fitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah membahaskan konsep memperkasakan masyarakat sebagai proses merundingkan kembali kekuatan dan perkongsian kuasa apabila terdapat situasi yang memerlukan masyarakat diberi kuasa bagi mengujudkan keseimbangan anatara masyarakat dan pemerintah untuk mengatasi situasi tersebut.

Pada masa pandemik COVID-19 ini, objektif pemerkasaan masyarakat perlu merangkumi perkara di bawah:
  1. Mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri.
  2. Berhenti mempercayai dan menyebarkan berita palsu tanpa merujuk kepada sumber yang sahih
  3. Mematuhi perintah PKPB yang masih berkuatkuasa.
  4. Menjalankan aktiviti pencegahan penyakit dan menjaga kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
  5. Berhenti menyalahtafsirkan mesej atau arahan yang diumumkan.
  6. Mewujudkan sistem komuniti yang bekerjasama dengan pemerintah (tempatan atau persekutuan) dalam menguruskan pencegahan COVID-19 dalam komuniti, termasuk menggunakan jawatankuasa komuniti untuk menjaga keselamatan masyarakat.
  7. Berkerja dengan kumpulan usia tertentu untuk menjangkau individu berisiko atau keluarga yang memerlukan serta mengaktifkan pengawasan kejiranan untuk mengawasi kesihatan masyarakat.
  8. Mempastikan kestabilan mental ahli rumah dan komuniti serta cuba mendapatkan bantuan kepada yang menghadapi masaalah mental seperti kemurungan dan keresahan.
  9. Mengenalpasti anggota masyarakat yang memerlukan keperluan asas seperti pek makanan atau keperluan bantuan perubatan dan mencari jalan mengatasi masaalah tersebut.
Rasional untuk memperkasakan komuniti adalah disebabkan pengalaman-pengalaman yang dipelajari semasa tempoh PKP dalam menangani penyebaran COVID-19 di negara kita.

Ini termasuk kebergantungan sepenuhnya kepada kepada kerajaan semata-mata adalah tidak mencukupi bagi proses pengawalan wabak kerana kawasan liputan terlalu luas dan kekurangan kakitangan barisan hadapan jika wabak COVID-19 terus berlanjutan.

Paling utama ialah objektif PKP tidak akan tercapai jika masyarakat bersikap tidak endah dan mula melanggar perintah SOP.

Masyarakat perlu sedar yang usaha menangani COVID-19 bukan hanya terletak di atas bahu Kementerian Kesihatan Malaysia yang masih sibuk menangani kes-kes positif COVID-19 atau pihak polis yang sibuk berusaha memastikan semua orang mengikuti PKP.

Oleh itu, setelah sembilan minggu tempoh PKP ini, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membantu dan menyokong barisan hadapan dengan apa cara sekalipun.

Kepentingan Komunikasi Berkesan

Komunikasi memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pemberdayaan masyarakat.

Masyarakat mesti dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka, seterusnya menolong mereka untuk membuat dan melaksanakan keputusan mereka sendiri.

Mesej perlu sampai dalam bahasa yang mudah difahami, merangkumi semua bahasa.

Ianya perlu disebarkan melalui semua media termasuk media sosial, formal mahupun tidak formal.

Keperluan pelbagai etnik perlu dilihat, terutama yang melibatkan generasi tua yang tidak mendengar atau menonton TV, dimana mereka hanya membaca surat khabar etnik mereka.

Generasi muda terutama di kawasan bandar pula, tidak menonton saluran TV rasmi tempatan kita, mereka mendengar ibu bapa mereka berteriak semasa laporan harian di TV sambil sibuk dalam talian dengan kumpulan mereka sendiri.

Adalah sangat penting untuk menyalurkan maklumat yang betul kepada semua orang melalui pemimpin masyarakat, melalui ibu bapa, atau melalui orang berpengaruh seperti selebriti, you-tubers dan pelakon.

Komunikasi juga merangkumi hebahan di jalanraya, kaedah elektronik (contohnya telefon, radio, TV, Internet), media cetak (surat khabar, majalah, buku), rangkaian, bahasa yang dapat difahami, literasi dan kesediaan dan kemampuan untuk berkomunikasi (yang bermaksud kebijaksanaan, diplomasi, kesediaan untuk mendengar dan juga untuk bercakap) secara umum.

Di situasi di mana tiada atau lemah talian telekomunikasi, maklumat perlu datang dari pemimpin masyarakat; mereka boleh membuat pengumuman melalui pembesar suara masjid / gereja / kuil, atau mereka dapat mengelilingi kawasan mereka menggunakan pembesar suara mudah alih menggunakan kenderaan yang hanya berjalan di sekitar kawasan mereka.

Untuk menemui pemimpin masyarakat yang terpencil, pihak kerajaan boleh meminta bantuan NGO yang sering mengunjungi komuniti, bahkan NGO selalunya dapat mengesan komuniti yang tidak berdaftar secara rasmi dengan pihak berkuasa tempatan.

Terdapat beberapa isu yang perlu ditangani melalui pembedayaan masyarakat, di sini di kenalpasti sebagai tema misalnya, "Beraya dalam PKPB" dan "Keluarga Sihat semasa PKBP".

Untuk hari ini kami akan memaparkan aliran aktiviti untuk pemberdayaan masyarakat untuk bagi memberi kefahaman mengenai konsep ‘Beraya dalam PKPB’.

Langkah dalam Pemberdayaan Komuniti: "Beraya dalam PKPB"

Komuniti Sasaran:Objektif:Keperluan, Masalah, Peluang:Pengetahuan, teknologi dan idea untuk memperkasakan masyarakatCarta Aliran Pelaksanaan

1. Pemimpin masyarakat / kampung dan jawatankuasa perumahan / kampung(JTK)2. Di pintu masuk:
3. Langkah-langkah di rumah:
4. Sebelum beredar pulang, mohon tetamu mencuci tangan atau guna pembersih tangan.

5. Semasa keluar, sekuriti mencatat masa para tetamu meninggalkan kawasan ini.

Semua langkah di atas akan mempermudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif dari kawasan tersebut.

Kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah tidak merayakan Hari Raya dengan mengunjungi sesiapa tahun ini, tunggu hingga wabak ini terkawal, masih ada Raya tahun hadapan.

Kaedah alternatif adalah menelefon saudara-mara atau menggunakan 'Zoom' untuk berbual, ianya lebih selamat.



* Disediakan oleh Prof Dr Adlina Suleiman dan Prof Dr Noor Azah Abd Aziz dengan input daripada ahli Kluster Perubatan dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia.

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.