“Inilah kes paling keji pernah aku lapor sepanjang 22 tahun jadi reporter,” luah seorang wartawan senior sambil menahan marah.
Wartawan tersebut meluahkan perasaannya selepas prosiding berehat seketika sekitar jam 9.45 pagi.
Ketika itu, semua wartawan berkumpul di kawasan pemerhati sambil meneliti jumlah pertuduhan liwat yang telah dibacakan terhadap tertuduh.
“Habis tu kak, selama ni tak ada ke kes yang macam ni?” soal saya kepada wartawan senior tersebut.
“Tak ada la sampai tahap macam ni. Lebih 600 pertuduhan kot!
“Jumlahnya setakat 9.45 pagi, ialah 120 pertuduhan yang dibaca untuk hari ini sahaja,” katanya kepada kami di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.
Perbincangan seperti ini satu perkara biasa dalam kalangan wartawan bagi memastikan penjumlahan kes serta maklumat yang dilaporkan tepat.
Selepas sesi rehat kedua, ketika jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, semua petugas media berpandangan sesama sendiri tergamam ketika kertas pertuduhan bernombor 168 dibacakan jurubahasa mahkamah, S. Umma kepada tertuduh.
“Pertuduhan sama bagi kes sama untuk tarikh 28 Mei 2017………………” kata jurubahasa tersebut sambil memandang tertuduh yang memakai kemeja-T kelabu berseluar jeans biru.
“Bila kita mula puasa hari tu?” tanya seorang wartawan akhbar tabloid dari Putrajaya.
“27 Mei 2017,” jawab saya ringkas.
“Weh! Takkan masa bulan puasa pun.....?” katanya dengan muka kecewa menggelengkan kepala sambil tangan sibuk menaip maklumat di telefon pintarnya.
Ketika itu, semua wartawan masing-masing mengerutkan dahi sambil memasang telinga mendengar bait-bait pertuduhan yang dibaca dengan suara yang agak perlahan kepada tertuduh.
“Kalau ikut trend pertuduhan ni, sejak Januari dia buat ‘kerja’ ni,” soal seorang wartawan wanita dengan penuh emosi separa berbisik ketika menyenaraikan senarai pertuduhan yang dibacakan kepada bapa berusia 36 tahun itu.
S. Umma, jurubahasa membaca pertuduhan terpaksa berulang alik dari tempat duduk pendakwa raya ke kamar tertuduh sekurang-kurangnya 110 kali sepanjang prosiding yang bermula sejak 8.50 pagi Khamis di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Putrajaya.
Ketika prosiding berlangsung, Hakim Yong Zarida Sazali turut mengambil keputusan untuk berhenti sebentar sebanyak dua kali bagi memberi peluang tertuduh dan jurubahasa berehat sebentar.
Tertuduh pula hanya mampu berdiri dengan tangan bergari mengangguk perlahan ketika pertuduhan dibaca.
Kumpulan wartawan yang bertugas di lokasi kali ini berdepan dengan kes yang amat mengejutkan, bukan saja dalam kalangan pihak berkuasa, pengamal undang-undang dan petugas media, malah ia suatu yang sangat dahsyat hingga mencetuskan kemarahan seluruh rakyat negara ini.
Dalam perbicaraan itu, tertuduh dilihat mengetepikan peranannya sebagai seorang bapa yang sepatutnya melindungi anak sendiri.
Jika benar segala pertuduhan itu, maka ia 'mencabul' erti kasih sayang dan kepercayaan keluarga, apabila melakukan perbuatan terkutuk ke atas darah daging sendiri, beratus-ratus kali.
Sebutan semula kes bapa melakukan jenayah seksual terhadap anak kandung sendiri berusia 15 tahun itu bakal berlangsung pada 18 September ini sementara menunggu laporan kimia dan laporan kesihatan.
BACA: Bapa durjana liwat anak tiga kali sehari
Hilal Azmi
Thu Aug 10 2017

Sebahagian daripada petugas media yang membuat liputan dari kamar mahkamah. - Astro AWANI

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.

Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.

Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.

Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.

SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.