Metodologi yang diguna pakai Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam eksperimen untuk mengetahui punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, adalah salah.
Ini menurut Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, yang memberitahu sedemikian kepada Mahkamah Koroner pada hari ke-38 prosiding inkues kematian Muhammad Adib hari ini.
Dr Shahrom yang merupakan saksi ke-29 inkues itu menyifatkan eksperimen yang dikemukakan Dr Ahmad Hafizam Hasmi, tidak dapat menentukan objek yang boleh menyebabkan kecederaan Muhammad Adib.
"Orang yang buat eksperimen ini tiada pengalaman, sebab metodologinya salah.
"Untuk kita buat eksperimen bukan main suka-suka...dia kena tahu konsepnya dan dalam konsep ini, kena tahu objek atau bahagian mana yang paling bersentuhan dengan si mati (yang menjadi punca kecederaan di bahagian dada kanan mangsa)," katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Beliau turut berpendirian laporan berhubung punca kematian Muhammad Adib yang dikemukakan Dr Ahmad Hafizam juga tidak lengkap.
Katanya, kejadian yang menimpa Muhammad Adib itu adalah kes yang rumit dan seharusnya hasil laporan eksperimen tersebut perlu bagus dan cemerlang.
"Untuk saya, kalau kes rumit macam ini tidak lengkap kena buat complete investigation (siasatan menyeluruh). Bagi saya, laporan ini sekadar memuaskan tetapi tidak bagus dan cemerlang," katanya.
Dalam keterangan hari ini, Dr Shahrom yang juga bekas Pakar Perunding Kanan dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz berkata, beliau turut ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar punca kejadian.
Katanya, beliau bertindak sedemikian selepas melihat keterangan dan laporan yang berubah-ubah ketika prosiding inkues itu berjalan.
"Dalam inkues ini saya tengok laporan dan keterangan (pihak berkaitan) berubah-ubah sebab ada alasan mahu bantu mahkamah.
"Seperti keterangan mula-mula kata arwah (Muhammad Adib) jatuh di bahu jalan dekat sini (lokasi pertama dipercayai mangsa jatuh dan cedera), tiba-tiba keluar pula punca di bahu jalan yang lain.
"Nasib baik saya sudah buat (eksprimen) di dua-dua tempat. Seratus peratus saya tolak bahu jalan sebagai punca (kecederaan)... itu tak masuk akal," katanya.
Dalam prosiding hari ini, Dr Shahrom turut memberitahu mahkamah beliau yakin kecederaan di dada Muhammad Adib adalah disebabkan tendangan daripada pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Saya melihat setiap kenderaan yang sama paras atau objek yang bersesuaian dengan kecederaan dialami. Saya mendapati hanya objek pada pintu EMRS yang sama dengan kecederaan dialami Muhammad Adib.
"Saya yakin 80 hingga 90 peratus berhubung kecederaan di dada adalah disebabkan tendangan pintu EMRS," katanya.
Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas, dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis, di Institut Jantung Negara. -- Bernama
Bernama
Wed Jul 03 2019

Dr Shahrom menyifatkan eksperimen yang dijalankan Dr Ahmad Hafizam (gambar) sebagai tidak masuk akal. - BERNAMA/Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Inkues Adib: 'Metodologi pakar forensik HKL salah'
Prof Dr Shahrom Abd Wahid menyifatkan individu yang membuat eksperimen untuk ketahui punca kematian Muhammad Adib sebagai tidak berpengalaman.

Inkues Adib: 'Cik Miera' tarik balik kenyataan, rayu hantaran dipadam
Cik Miera yang mengecam keterangan pakar perubatan dalam inkues Muhammad Adib Mohd Kassim telah menarik balik dan memadamkan hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebooknya.