Kepatahan tujuh tulang rusuk pada bahagian kiri belakang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya dikesan ketika proses bedah siasat yang dijalankan pada 18 Disember lalu.
Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Mohd Shah Mahmood berkata pihaknya tidak mengetahui akan kecederaan berkenaan kerana tidak dimaklumkan ketika di Institut Jantung Negara (IJN).
Saksi ke-27 itu kemudiannya memohon untuk mendapatkan imbasan CT Scan dan X-Ray daripada pegawai penyiasat polis bagi meneliti kecederaan berkenaan sama ada berlaku ketika kejadian atau sepanjang 21 hari menerima rawatan.
“Kecederaan unik itu tidak dilihat ketika saya melakukan pemeriksaan klinikal terhadap mangsa ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN, pada 30 November 2018.
“Kami turut tertanya-tanya berkenaan hal ini kerana kami tiada maklumat berkenaannya,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada hari ke-20 prosiding inkues di Mahkamah Koroner, pada Jumaat.
Ujarnya, kecederaan itu hanya dapat dikenal pasti selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian selepas lima hari bedah siasat dijalankan.
"Ketika melawat lokasi, kami cari punca yang menyebabkan tujuh rusuk belakang patah dan kami periksa FRT lihat apa-apa objek nipis lurus dan menegak.
“Pada ketika itu ada enam kemungkinan iaitu bucu kiri dan kanan jentera FRT serta dua tangga di belakang FRT yang memberi empat kemungkinan penyebab patah tujuh tulang rusuk,” katanya.
Selain itu, pihaknya juga menafikan kecederaan Muhammad Adib akibat terhimpit antara jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan juga Van EMRS kerana ia mampu mendorong kecederaan yang lebih parah.
Dr Mohd Shah turut dibawa melihat kenderaan Van EMRS dan mendapati pintu depan kiri EMRS mempunyai bahagian nipis, menegak dan anggaran ketebalan dua milimeter (mm).
“Hanya ketika itu kami berpandangan objek tumpul dan nipis yang sangat bersesuaian dengan patah tujuh rusuk belakang secara menegak.
“Pemeriksaan seterusnya pada bahagian pintu depan kiri iaitu pada kunci pintu (plate).
“Sedikit menonjol dan ini bersesuaian dengan punca calar memanjang abdomen belakang 15 sentimeter (cm),” katanya.
Saksi ke-27 itu turut mengesahkan kepada Mahkamah Koroner bahawa kecederaannya itu tidak membawa petanda akibat dipukul atau diserang dan tiada juga tanda mempertahankan diri pada tangan dan kaki.
“Ia kecederaan sangat unik dan paling unik patah tujuh tulang rusuk belakang dan ini kali pertama saya lihat kes tujuh rusuk patah secara lurus dan menegak,” katanya.
Hilmi Malik
Fri Mar 29 2019

Dr Mohd Shah berkata pihaknya tidak mengetahui akan kecederaan berkenaan kerana tidak dimaklumkan ketika di IJN. -Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Inkues Adib: Mahkamah benarkan permohonan panggil semula saksi pakar
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan pihak Pengendali Inkues sebelum ini.

Inkues Adib: 'Saya tak tahu 2 saksi pakar terima ugutan, ubah penilaian' - Pegawai Pengendali
Seorang saksi pakar didakwa cuba meyakinkannya saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan Adib berpunca daripada pintu EMRS.

Inkues Adib: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar
Perkara itu diputuskan Koroner Rofiah Mohammad setelah pihaknya menyatakan telah berpuas hati dengan kesemua keterangan saksi.

Inkues Adib: Pihak kuil tarik balik permohonan
Beliau berharap agar pihak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 tidak dipersalahkan sekiranya terdapat individu yang masih mengaitkan pihak kuil dengan punca kematian mangsa.

Pasukan inkues Adib lawat semula van EMRS, mahu keputusan adil
Menurut Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin lawatan itu bertujuan bagi mencapai keputusan adil.

Inkues Adib: Tulang rusuk patah hanya dikesan ketika bedah siasat - Pakar forensik
Dr Mohd Shah Mahmood berkata pihaknya tidak mengetahui akan kecederaan berkenaan kerana tidak dimaklumkan ketika di Institut Jantung Negara (IJN).

Inkues Adib: Adib tunjuk isyarat ditarik, angguk bila ditanya dipukul
Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan isyarat ditarik pada bahagian bahu dan mengangguk sebaik sahaja ditanya benarkah dia dipukul.