PANDEMIK COVID-19 telah melumpuhkan sektor pelancongan global dan Malaysia juga tidak terkecuali.
Kerugian melebihi 80 billion US Dollar dianggarkan sepanjang Januari-Mei 2020 akibat kejatuhan jumlah pelancong dan kerencatan sektor pelancongan global.
Malaysia yang telah menjalankan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan wabak COVID-19, seiring dengan negara serantau dan negara dunia yang lain pastinya juga menerima impak negatif yang sama.
Malaysia yang menjadikan sektor pelancongan sebagai Bidang Utama Ekonomi Negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM20 billion sepanjang Januari-April 2020.
Kelumpuhan sektor pelancongan ini memberi kesan yang amat kritikal kepada individu perseorangan yang bergantung kepada pendapatan mengikut tugasan yang diperoleh terutamanya pemandu pelancong bandar dan alam semulajadi.
Mereka bergantung hidup dengan bayaran yang tidak tetap dari minggu ke minggu sepanjang tahun bergantung kepada ketibaan pelancong.
Pemandu pelancong yang terus gusar dengan ketiadaan sumber pendapatan mereka sejak berbulan lamanya sepanjang pandemik ini berlangsung boleh diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana wang simpanan yang tidak mencukupi dan kebanyakan mereka yang tidak mempunyai caruman KWSP untuk dikeluarkan di bawah insentif kerajaan persekutuan.
Kerajaan Negeri Johor yang mengumumkan insentif khas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor 2020 bagi sektor pelancongan yang diumumkan oleh Exco YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan mampu memberi ruang untuk pemandu pelancong di negeri ini menampung perbelanjaan mereka di fasa yang mencabar ini.
Pemberian insentif RM1,000 kepada 936 orang pemandu pelancong berdaftar yang menetap di negeri Johor ini melibatkan kos sebanyak RM936,000.
Insentif ini lahir dari keprihatinan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor melalui YB Datuk Onn Hafiz sendiri kerana mendengar luahan dan rintihan Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Negeri Johor (JCNTGA) melalui pengerusinya En Abdul Rashid Narikoddan Mammod bersama barisan kepimpinan serta penggiat industri yang lain.
YB Datuk Onn Hafiz wajar dipuji kerana meluangkan masa secara peribadi untuk berbincang dengan penggiat sektor ini dan mendengar data dan maklumat yang dibentangkan mengenai nasib pemandu pelancong di negeri ini.
Pertimbangan Khas Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Orang Asli dan Luar Bandar
Terdapat beberapa cadangan dan perkara yang diharapkan dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Johor di dalam pemberian insentif iaitu berkaitan dengan syarat yang digariskan oleh Kerajaan Negeri bagi pemberian insentif ini.
Pertama, pemohon mestilah aktif sebagai pemandu pelancong yang berlesen sehingga Februari 2020 dan kedua, berdaftar dengan di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) Negeri Johor.
Umumnya, lesen pemandu pelancong ini boleh diperbaharui dengan bayaran fi pemprosesan dan pembaharuan dan bukti menghadiri latihan dan disertakan bersama bukti menghadiri Pembelajaran Berterusan Mengenai Pelancongan (Continuing Tourism Related Education – CTRE).
Sebagai penasihat JCNTGA yang pernah mengendalikan beberapa kursus CTRE pelancongan alam semulajadi bagi masyarakat Orang Asli, saya berpandangan bahawa masyarakat luar bandar, terutamanya dari kalangan Orang Asli sering memiliki kesukaran untuk memperbaharui lesen mereka kerana kesempitan kewangan atau tidak mempunyai ruang untuk menyertai latihan CTRE di atas faktor lokasi latihan diadakan dan implikasi kewangan bagi menghadiri latihan ini di luar kawasan mereka.
Ini sekaligus menyebabkan mereka sering lewat atau mungkin tidak dapat memenuhi syarat memperbaharui lesen pemandu pelancong mereka bagi tahun semasa.
Kerajaan Negeri dan Persatuan Pemandu Pelancong memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu golongan ini contohnya dengan menganjurkan latihan setempat seperti yang dilakukan oleh JCNTGA bagi komuniti Orang Asli Kampung Peta, Taman Negara Johor Endau-Rompin.
Perkara yang sama juga mungkin dihadapi beberapa pemandu pelancong yang masih tidak memperbaharui lesen mereka bagi tahun 2020, tetapi masih mempunyai lesen aktif pada tahun 2019.
Malahan terdapat juga golongan yang sudah lama menjadikan kerjaya pemandu pelancong sebagai sumber pendapatan mereka, namun masih tidak berdaftar di bawah MOTAC, khususnya pemandu pelancong alam semulajadi di kawasan luar bandar.
Pertimbangan khas wajar diberikan bagi permohonan dari golongan ini yang turut sama menerima impak negatif kelumpuhan sektor pelancongan.
Peluang mengumpul data membantu golongan terpinggir
Kita memahami bahawa menjalankan aktiviti sebagai pemandu pelancong tanpa lesen yang sah atau tidak aktif dan tidak berdaftar dengan MOTAC merupakan satu kesalahan, namun ini adalah masa yang tepat bagi Kerajaan Negeri untuk menterjemah maksud sebenar Ihsan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor 2020.
Isu seperti pemandu pelancong berdaftar yang tiada di dalam pengkalan data MOTAC, data tidak atau belum dikemaskini, lesen yang baru tamat tempoh, lesen yang sedang dalam proses diperbaharui, lesen dalam proses rayuan, penyelesaian kompaun dan lain-lain kategori harus dipertimbangkan sama bagi bantuan ini.
Setiap persatuan pemandu pelancong semestinya lebih mengetahui bilangan dan keadaan semasa ahli yang bernaung di bawah setiap persatuan. Maka peluang ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh MOTAC Johor dan kerajaan negeri untuk menyelaraskan maklumat sebenar jumlah bilangan pemandu pelancong dan bantuan yang diperlukan bagi mereka yang terlibat di negeri Johor.
Ini adalah masanya maklumat dan data mereka dikumpulkan untuk dijadikan sebagai panduan menggubal program dan rancangan bagi membantu menyelesaikan masalah mereka yang sekian lama berkecimpung di dalam sektor ini.
Untuk mengelakkan ketirisan, pemohon dari kategori ini dicadangkan untuk memberikan bukti penglibatan mereka sebagai pemandu pelancong sekurang-kurangnya sepanjang tahun 2019 dan disokong oleh persatuan masing-masing bagi permohonan insentif ini.
Pertingkat daya saing sektor pelancongan negeri Johor pasca Covid-19
Kesan berantai akibat pandemik COVID-19 ini sememangnya amat kritikal bagi semua lapisan masyarakat. Di kala pemandu pelancong yang layak menerima insentif menarik nafas lega seketika, tidak dinafikan beberapa golongan yang lain tidak dapat turut sama bergembira.
Kebanyakan mereka ini tidak diwakili oleh persatuan yang mampu menyampaikan suara mereka kepada pihak atasan. Namun, keyakinan penuh diberikan kepada kerajaan negeri Johor yang saya percaya akan terus mendengar luahan dan rintihan rakyat menangani isu ini.
Sinergi berterusan antara YB Exco Pelancongan, Tourism Johor, MOTAC Johor dan pemegang taruh yang lain seperti persatuan, pemandu pelancong, penggiat industri dan lain-lain wajar diperkemas untuk memastikan sektor pelancongan di negeri ini mampu dihidupkan semula.
Inilah masanya untuk semua pihak membuang karenah birokrasi yang menjengkelkan dalam mengurus dan memastikan pelan tindakan dan langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri benar-benar mampu membantu rakyat dan mengembalikan daya saing sektor pelancongan negeri Johor pasca COVID-19.
Ts Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar
Tue May 26 2020
Terdapat beberapa cadangan dan perkara yang diharapkan dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Johor di dalam pemberian insentif iaitu berkaitan dengan syarat yang digariskan oleh Kerajaan Negeri bagi pemberian insentif ini. - Foto Tourism Johor
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
AWANI Ringkas: Banjir Terengganu | Teknologi Tesla
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim al-Masri.
AWANI Tonight: What's driving Asia Pacific region's optimism toward AI adoption?
An IPSOS report reveals that AI adoption in Asia Pacific surpasses the global average. Kiranjit Singh delves into the factors driving the region’s optimism toward AI integration.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.