Seorang pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan di kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Ahad, direman empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman bermula pada Isnin hingga Khamis itu dikeluarkan oleh penolong pendaftar mahkamah majistret, Ng Geok Nee dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Perak Superitenden Wan jamil Wan Chik berkata pemandu bas itu mempunyai sembilan saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan trafik sejak 2011 ke 2015.
Siasatan polis juga mendapati bas yang digunakan itu mempunyai 63 saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, polis mendapati saringan air kencing pemandu adalah negatif dadah dan pihaknya sedang menunggu laporan lengkap dari Puspakom serta Jabatan Kimia mengenai kemalangan itu.
BACA: Bas merempuh 10 kenderaan di Lebuhraya PLUS
Sementara itu, portal The Star melaporkan bas ekspres itu, yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, mengalami masalah teknikal ketika melalui kawasan curam sebelum merempuh 10 buah kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
"Brek bas itu tidak berfungsi dengan baik. Akibatnya bas itu meluncur laju ketika melalui kawasan curam dan melanggar 10 buah kenderaan di hadapannya," kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, seperti dilaporkan portal tersebut.
Beliau turut mengesahkan seorang penumpang salah sebuah kereta yang dilanggar mengalami kesakitan di bahagian perut.
Semalam, sebuah video dari rakaman kamera CCTV menjadi perkongsian viral di media sosial, menunjukkan bagaimana bas itu merempuh beberapa buah kenderaan dalam kelajuan tinggi, selepas keluar dari Terowong Menora.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih 11 kilometer.
Astro Awani
Mon Jul 11 2016

Bas meluncur laju ketika melalui kawasan curam, yang dipercayai akibat masalah brek.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.