Seorang pegawai yang dipercayai wakil pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) di USJ 25, Putra Heights di sini menafikan pihaknya mengadakan sidang media mengenai insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman pagi ini dan semalam.
Jelasnya yang enggan dikenali, jemputan sidang media yang viral melalui sistem pesanan WhatsApp itu juga mungkin palsu, selain mempunyai motif peribadi.
"Tidak ada PC (press conference atau sidang media). Siapa suruh datang? Tidak boleh masuk.
"Jangan ambil gambar juga, ini arahan," katanya.
Pada ketika ini, pekerja pembersihan sedang membersihkan cermin yang dipecahkan sebahagian daripada orang ramai yang sebelum itu berkumpul di kuil dan kemudiannya bergerak ke Menara MCT dan merosakkan bangunan itu.
BACA: Kecoh lagi di Kuil Sri Maha Mariamman, tetapi keadaan terkawal
BACA: Lima parah, dua kumpulan bergaduh di kuil
Menara itu menempatkan pejabat pemaju One City kira-kira dua kilometer dari kuil itu, sebelum bertindak merosakkan harta benda termasuk memecahkan cermin bangunan dan kenderaan pada pagi Selasa.
One City merupakan pemilik tapak kuil berkenaan.
BACA: Keadaan tenang di perkarangan kuil Sri Maha Mariamman
BACA: Anggota bomba cedera, jentera dirosakkan
Pada 28 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan notis pengosongan yang mengarahkan pentadbir kuil itu mengosongkan tapak berkenaan sebelum 15 Okt lalu.
Dalam penghakiman persetujuan, One City bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil manakala kerajaan negeri menyerahkan tanah seluas satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi asal kuil untuk tujuan pemindahan kuil tersebut.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 27 2018

Jurucakap One City memaklumkan kepada pihak media bahawa syarikat pemaju itu tidak merancang mengadakan sidang media pagi ini berhubung kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman. - Astro AWANI/WAN SYAMSUL AMLY

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Trafik lebuh raya terhenti, beri laluan singa liar melintas
Singa tersebut dilihat menuju ke sebuah kuil yang terletak di seberang jalan berhampiran.

Gaduh di kuil, polis reman tiga lelaki bantu siasatan
Ketiga-tiga mereka masing-masing berusia 21 hingga 25 tahun ditahan polis yang melakukan tugas menjaga keamanan di kawasan kuil berkenaan.

Sembilan maut kuil runtuh akibat hujan lebat di India
Keseluruhannya, hampir 50 orang maut susulan insiden berkaitan hujan dalam tempoh 24 jam yang lalu di negeri utara Himachal Pradesh.

India: Korban akibat bumbung telaga roboh meningkat kepada 35 orang
Angka korban tragedi bumbung telaga bertingkat roboh di sebuah kuil di Madhya Pradesh, India, meningkat kepada 35, kata pegawai kanan pada Jumaat.

Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.

Banjir di kuil Amarnath: 15 penganut Hindu terkorban, 40 hilang
Aktiviti ziarah ke Gua Amarnath selama 43 hari, yang bermula pada 30 Jun, dihentikan buat sementara waktu.

Hari Wesak: Penganut Buddha dibenarkan ke kuil, tanpa perarakan
Keputusan membatalkan perarakan berikutan kesukaran mengawal kehadiran orang ramai.

Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan di kuil tersebut.

Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP
Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.

12 terkorban dalam rempuhan dekat kuil di Kashmir
Kejadian berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan, mengakibatkan orang ramai tolak-menolak hingga berlaku rempuhan.