"Kamu kuat. Cepat bangun kamu, Muhammad Adib."

Itu antar mesej Nurul Najihan, tunang Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera parah akibat diserang perusuh di Kuil Maha Mariammanl USJ25, Seafield, Subang Selangor, awal pagi tadi.

Dalam pautan di laman Facebook peribadinya, Nurul Najihan memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan tunangnya yang kini berada di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

"Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu," kata Nurul Najihan.


Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam Twitternya mengesahkan Muhammad Adib mengalami kecederaan parah di bahagian dada, tulang rusuk dan jangkitan paru-paru.