Insiden pencerobohan Lahad Datu pada Februari lalu telah menjadi suatu topik hangat yang diperbincangkan sepanjang tahun ini.
Kejadian yang bermula apabila anggota bersenjata dari Tentera Kesultanan Sulu Filipina telah menceroboh masuk di negara ini dan berkampung di sebuah kampung di Lahad Datu telah menyebabkan anggota keselamatan yang terdiri dari tentera dan polis melancarkan gerakan besar-besaran memerangi kumpulan pengganas ini.
Namun dalam, gerakan memerangi Tentera Kesultanan Sulu itu, Sembilan anggota polis dan seorang anggota tentera terkorban dalam mempertahankan negara dan insiden tersebut telah menjadi ‘trending’ oleh setiap pelusuk rakyat Malaysia di Internet.
Selain dari itu, pemberian rebat telefon pintar dan juga keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjadi ‘trending’ di tempat kedua ketiga dalam carian maklumat masyarakat Malaysia.
Drama-drama tempatan, ‘Setia Hujung Nyawa’, dan ‘Teduhan Kasih’ menewaskan filem seram antarabangsa, ‘The Conjuring’ apabila mengisi kedudukan keempat dan keenam dalam topik ‘trending’ sepanjang tahun ini.
Manakala, sebuah lagi drama tempatan, ‘Cinta Jannah’ lakonan Nelydia Senrose dan Aeril Zafril berada di tangga ke sepuluh.
Google Malaysia pada Selasa mengumumkan senarai tahunan Zeitgeist yang memperlihatkan individu, peristiwa juga isu yang menjadi ‘trending’ carian Internet sepanjang tahun ini.
Ketua Komunikasi dan Hal-Ehwal Awam, Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata senarai tahunan Zeitgeist ini merupakan ‘barometer budaya’ yang memberi gambaran umum terhadap peristiwa dan juga trend yang berlaku di Malaysia sepangjang tahun ini.
“Google kini adalah tempat utama rakyat Malaysia untuk mencari segala informasi dan maklumat dan disamping itu juga ianya adalah tempat penerokaan perkara-perkara baru dalam kehidpuan masyarakat seharian,” katanya.
Topik ‘trending’ di Malaysia tahun 2013
1. Lahad Datu
2. SKMM
3. Keputusan PRU13
4. Setia Hujung Nyawa
5. Gwiyomi
6. Teduhan Kasih
7. Malindo Air
8. WeChat
9. The Conjuring
10. Cinta Jannah
Aizat Sharif
Tue Dec 17 2013
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Google komited teruskan perbincangan, tingkat kerjasama dengan KKD - Fahmi
Google Malaysia telah menyatakan komitmen untuk meneruskan perbincangan dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Google Cloud umum bawa wilayah awan pertama ke Malaysia
Google Cloud mengumumkan akan membawa wilayah awan pertamanya ke Malaysia bagi memenuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia.
Google lancar Gemilang, program latihan digital terbaharu untuk rakyat Malaysia
Google menawarkan 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google kepada rakyat Malaysia dalam membekalkan peluang latihan inklusif kepada mereka yang terpilih.
Laporan AlphaBeta dedah mengapa transformasi digital mampu pulih ekonomi pasca COVID-19
Pandemik COVID-19 telah mengukuhkan kepentingan transformasi digital untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi jangka pendek dan meningkatkan daya tahan ekonomi jangka panjang.
Google Malaysia dan Astro AWANI berganding bahu bantu peniaga kecil beralih ke digital
Google Malaysia dan Astro AWANI membentuk kerjasama strategik dalam memacu peralihan perniagaan kecil dan sederhana (SME) tempatan ke arah digital.
Soalan paling banyak ditanya sepanjang tempoh PKP
Google Malaysia menerusi data carian trending bulan Mac 2020 ada berkongsikan empat persoalan paling banyak ditanya
Setelah Terlafaznya Akad, Azmin Ali dan Resipi Asam Pedas Melaka ungguli carian Google 2019
Google Malaysia terus berkongsi data carian terhangat menerusi lima kategori utama antaranya iaitu carian trending 2019.
Doodle Merdeka untuk Malaysia!
Kali ini Google Malaysia menggunakan gabungan motif bunga raya, tenunan songket dan juga jalur gemilang.
Google Earth bantu dokumentasikan budaya asal masyarakat Orang Asli
Pandangan aplikasi Google Earth bantu masyarakat Orang Asli di Malaysia mendokumentasi dan memelihara identiti serta cara kehidupan mereka yang unik.
Biar dikecam, lagu 'gangguan minda' tetap jadi perhatian rakyat Malaysia
Lagu yang 'mengganggu minda' dapat carian terbanyak di enjin carian Google Malaysia.