Penerbangan Malaysia Airlines mengesahkan insiden penerbangan MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne pada Rabu bukanlah satu kejadian rampasan pesawat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, syarikat itu juga memaklumkan seorang penumpang telah ditahan oleh pihak keselamatan lapangan terbang berikutan insiden tersebut.
“Malaysia Airlines ingin menegaskan pesawat itu tidak pernah dirampas,” menurut kenyataan itu.
Selain itu syarikat itu juga akan menyiasat kejadian itu bersama pihak berkuasa Australia dan menegaskan ia sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut mengesahkan, kejadian itu tiada kaitan dengan cubaan merampas pesawat.
Ia hanya berpunca dari seorang penumpang yang mabuk dan cuba memasuki kokpit pesawat.
Bercakap kepada agensi berita AFP, katanya, dakwaan penumpang rakyat Sri Lanka itu mempunyai bom juga tidak benar dan ia hanya pengecas bateri atau ‘powerbank’.
Sementara itu Reuters melaporkan pihak polis Australia mengesahkan kejadian itu tiada berkaitan dengan pengganas dan penumpang yang berusia 25 tahun itu telah ditahan.
“Ia merupakan satu insiden terpinggir dan penumpang itu dipercayai mempunyai masalah mental,” Superintenden Michael Goode berkata.
Pesawat itu selamat mendarat di Melbourne dan semua penumpang diarahkan keluar.
Malaysia Airlines berkata kesemua mereka akan diterbangkan dengan pesawat yang seterusnya atau dengan syarikat penerbangan yang lain.
Pesawat MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi 1 Jun.
Tetapi pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang kru kabin mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.
Pesawat MH128 mendarat dengan selamat di Melbourne pada jam 11.41 malam.
Lapangan Terbang Melbourne ditutup sementara susulan kejadian itu.
Malaysia Airlines dua kali ditimpa musibah baru-baru ini, iaitu kehilangan pesawat MH370 dan pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine, kedua-duanya pada tahun 2014.
Astro Awani
Thu Jun 01 2017
Pesawat MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi 1 Jun. - Gambar fail
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.