Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang berlaku baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata umat Islam bukan sahaja perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga seharusnya membendung perasaan marah dan benci dalam bulan Ramadan ini.
"Ini tidak harus berlaku walau berbeza agama, walau ada perasaan marah, cara penyelesaian bukanlah dengan cara merusuh, negara akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan tidak menarik untuk sesiapa pun," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Iftar Ramadan dan Sentuhan Kasih Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) 2015 di Seri Mentaloon hari ini.
Turut hadir di majlis itu Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria.
Insiden kekecohan dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat di ibu negara dua hari lepas berpunca daripada insiden kecurian telefon bimbit sehingga menyebabkan kejadian rusuhan.
Dr Mahathir berkata dalam menghadapi sesuatu masalah, rundingan secara aman dan damai adalah langkah terbaik bagi mengelakkan huru-hara.
"Umat Islam harus tunjuk pada semua pihak bahawa Islam adalah agama aman.
"Kita tidak harus putuskan hubungan kita hanya kerana kita puasa, mereka tidak ganggu kita, mereka bersama kita, mereka tidak halang kita tunaikan yang wajib," katanya.
Beliau berkata Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada negara-negara Timur Tengah seperti Yemen, Syria dan Libya yang berada dalam keadaan kucar-kacir disebabkan tidak menyelesaikan masalah secara rundingan.
"Di Timur Tengah, mereka tolak keputusan mahkamah dan cuba selesaikan masalah dengan perang dan sengketa dan seluruh negara mereka hancur. Kita tidak mahu ia berlaku di negara kita," katanya.
Bernama
Tue Jul 14 2015

DR MAHATHIR: Ini tidak harus berlaku walau berbeza agama, walau ada perasaan marah, cara penyelesaian bukanlah dengan cara merusuh. -Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Insiden Plaza Low Yat tidak patut berlaku, apatah lagi di bulan Ramadan - Tun M
Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang berlaku baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.