Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah pada pagi Khamis (waktu Arab Saudi).

Beliau berkata kawasan kejadian rempuhan berkenaan tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadah melontar itu.

Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang berkhidmat dalam operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) tidak terlibat dalam insiden di Mina itu.

Sejurus selepas insiden itu berlaku, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Nayef telah mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca berlakunya insiden menyayat hati yang telah mengorbankan lebih 700 nyawa dan mengakibatkan lebih 800 orang mengalami kecederaan.


Satu insiden rempuhan manusia berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina ketika umat Islam sedang menunaikan rukun Islam yang kelima.

[GALERI FOTO]: Insiden rempuhan di Mina

Angka korban

Setakat jam 9 malam (waktu Malaysia) angka yang terkorban adalah 717 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di laman Twitter rasminya sejurus selepas insiden itu berlaku.





Angka jemaah haji cedera

Jumlah jemaah haji yang cedera di Mina dipercayai seramai 863 orang.

Berapa ramai pasukan awam dikerahkan?

Pasukan pertahanan awam berkata, kira-kira 4,000 anggota pasukan kecemasan mereka, bersama kumpulan dari Palang Merah, telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu membawa jemaah ke laluan yang lebih selamat dari lokasi rempuhan.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Lapor saluran berita Al Arabiya (English) yang memetik seorang jurucakap Arab Saudi sebagai sumber, suhu cuaca yang terlalu terik dipercayai membawa kepada kejatuhan mangsa rempuhan.

Mina
Sekumpulan jemaah haji yang cedera diletakkan di atas pengusung untuk dirawat. - Gambar Jabatan Pertahanan Awam Saudi

Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji sewaktu musim haji di Mekah.

Disenaraikan di sini beberapa tragedi yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.

Buat masa ini, kiraan jumlah jemaah haji sedang dijalankan. Lapan pos kawalan untuk jemaah haji Malaysia melontar turut diambil kira sebagai langkah keselamatan mereka.

Di mana insiden berlaku?

Di pintu masuk Jambatan Jamrah berhampiran Jalan 204 yang merupakan laluan utama jemaah haji ke kawasan melontar di Mina.

Mina

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ucap takziah menerusi Twitter:



White House ucap takziah

White House pada Khamis merakamkan ucapan takziah selepas insiden menyayat hati melibatkan ribuan jemaah haji di Arab Saudi.