Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki yang didakwa dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Okt lepas.
Presidennya, Dr John Chew berkata Dr R. Thanendran Renganathan menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti.
"Kami mahukan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun selama ini kami berdiam diri kerana semua doktor berhati mulia.
"Bagaimanapun, tiada permohonan maaf yang dikemukakan. Kami faham dengan kekesalan yang diluahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Namun MMA tetap membantah kenyataan itu dan kekal dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan pegawai kesihatannya dalam premis mereka," kata Dr Chew.
Semalam, Khalid menyatakan kekesalannya dalam insiden di mana Pasukan Khas Unit Jenayah Terancang telah didakwa mengasari seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu dan mempertahankan pasukan tersebut yang telah melakukan tugas dengan betul.
"Pasukan Khas itu sedang memburu suspek bersenjata dan mereka perlu menjalankan tugas dan mempunyai cara tersendiri mengendalikan penjenayah.
Doktor itu berlari ketika diminta berhenti.
"Apabila anda diminta berhenti, anda perlu berhenti," kata Khalid. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2016
Dr R. Thanendran menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti. - Gambar fail
Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Harga kopi mungkin meningkat 25 peratus pada 2025 disebabkan hasil tuaian teruk di Brazil, Vietnam
Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam.
Liek Hou tekad kekal rekod tanpa kalah pada 2024
Juara dua kali badminton Paralimpik Cheah Liek Hou bertekad untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Pasukan antidadah Pakistan rampas lebih 260kg dadah dalam operasi di seluruh negara
ANF turut menahan 14 suspek dalam operasi itu, yang kemudiannya telah dihantar ke pusat siasatan selepas kes didaftarkan terhadap mereka.
Tiga maut akibat Taufan Fengal melanda kawasan pantai India
Taufan itu melintasi utara Tamil Nadu dan pesisir pantai Puducherry, berhampiran dengan Puducherry dengan membawa angin sekencang 70-90 km/j.
Piala Dunia Qatar: FIFA abai nasihat mengenai pampasan pekerja
Laporan itu berkata banyak pencabulan hak asasi manusia berlaku di Qatar dari 2010-2022 dalam kalangan pekerja, termasuk kematian, kecederaan dan gaji tidak dibayar.
Hujan berterusan: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh
Di Ipoh, hujan lebat berterusan menyebabkan ratusan rumah penduduk di Arena Kepayang Putra, Fair Park Ipoh dinaiki air kira-kira 1.2 meter pada Ahad.
Kejadian sekitar pukul 1 petang itu disifatkan penduduk sebagai di luar jangkaan apabila pertama kali berhadapan banjir dalam tempoh 28 tahun mendiami perumahan terbabit.
Kejadian sekitar pukul 1 petang itu disifatkan penduduk sebagai di luar jangkaan apabila pertama kali berhadapan banjir dalam tempoh 28 tahun mendiami perumahan terbabit.
Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra, petang tadi.
Insiden 'salah identiti' di Hospital Serdang: MMA gesa polis mohon maaf
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Okt lepas.