Istana Negara hari ini menafikan sekeras-kerasnya langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam pelantikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah ‘royal coup’ (rampasan kuasa oleh Raja) seperti ditulis oleh agensi berita The Guardian.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, artikel The Guardian itu adalah sama sekali tidak tepat dan cubaan mengelirukan masyarakat antarabangsa mengenai isu pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja, saya sangat terkejut dengan tahap ketidaktepatan serta pendirian editorial yang mengelirukan oleh agensi berita berpangkalan di United Kingdom ini.
“Apatah lagi mengambil kira fakta bahawa subjek artikel mereka, iaitu Demokrasi Parlimen di Malaysia sebenarnya diasaskan dari Sistem Westminster.
“Artikel itu jelas menunjukkan fakta yang terpesong mengenai langkah yang diambil Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri baharu,” katanya lagi.
BACA: Dakwaan 'royal coup' hina institusi diraja - Pakar Perlembagaan
Ahmad Fadil berkata, secara faktanya Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri baharu ekoran perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya
“Apabila Dr Mahathir memaklumkan kepada Agong pada tengah hari 24 Feb, bahawa beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan terpaksa meletak jawatan, Tuanku mempunyai tanggungjawab di bawah Artikel 40(2)(a), iaitu menggunakan kebijaksanaan Baginda untuk melantik Perdana Menteri baharu.
“Baginda juga tertakluk kepada Perkara 43(2)(a) untuk melantik Perdana Menteri yang pada pandangan Tuanku seorang ahli Dewan Rakyat yang dipercayai mempunyai sokongan majoriti,” katanya lagi.
Ahmad Fadil menjelaskan lanjut, Baginda Tuanku jelas melakukan langkah yang lebih daripada apa yang sepatutnya dengan memanggil kesemua Ahli Dewan Rakyat serta ketua-ketua parti politik bagi membolehkan Tuanku mendapat pandangan yang lebih jelas.
“Ia hanya selepas langkah konsultansi yang ketat dan terbuka, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, barulah Tuanku menggunakan kebijaksanaan Baginda bagi melantik Perdana Menteri.
“Jadi, tiada sebab langsung untuk langkah ini dianggap sebagai ‘royal coup’ seperti yang ditulis oleh The Guardian, yang secara terang-terangan bersikap berat sebelah dalam penulisan mereka,” kata Ahmad Fadil lagi.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Wisma Putra serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London atas reaksi pantas dalam menyanggah penulisan itu.
Selain itu, Ahmad Fadil berkata, penghargaan juga turut diberikan kepada rakyat Malaysia, yang tidak mengira agama, bangsa serta fahaman politik, dan juga ahli politik senior dan ahli Dewan Rakyat yang turut sama-sama membantah editorial The Guardian.
Firdaus Azil
Sun Mar 08 2020

Datuk Ahmad Fadil (kanan) menegaskan, artikel The Guardian sama sekali tidak tepat dan mengelirukan masyarakat antarabangsa mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. - Jabatan Penerangan
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong selamat jalani prosedur intervensi, pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu
Al-Sultan Abdullah berada dalam keadaan stabil dan dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara pada hujung minggu ini.

MEASAT-3d: Agong harap rakyat dapat manfaat pendigitalan, Internet pantas
Kejayaan ini amat bermakna khususnya buat rakyat Malaysia apabila dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi di seluruh Malaysia.

Al-Sultan Abdullah gering, kini dalam pemantauan doktor
Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.

Pandangan, seruan Agong serta Raja-raja Melayu berlandaskan Perlembagaan - Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Ia termasuk pandangan mengenai keperluan mengadakan persidangan Parlimen dengan segera; dan perbahasan tentang Proklamasi Darurat.

Istana Negara beri amaran kepada penyebar berita palsu guna foto Agong
Istana Negara sentiasa memantau dan memandang serius kenyataan tidak benar yang dibuat oleh beberapa individu kepada media.

Semua acara sambutan Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong ditangguhkan
Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Jun ini ditangguhkan.

Agong sokong PKP dilanjut, perkenan Istana Negara tiada tahlil dan majlis sepanjang Ramadan
Tuanku Baginda merasakan ianya sesuatu yang amat penting dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Istana Negara nafi pelantikan PM baharu adalah 'royal coup'
Artikel The Guardian sama sekali tidak tepat dan mengelirukan masyarakat antarabangsa mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri