Mimi Sharmila Che Hussin, 22, berkata dia hanya sempat bercakap sekejap dengan suaminya sebelum suaminya dilapor hilang di laut.
Dia berkata suaminya Mohd Zawawi Mohamed, 27, ada menghubunginya kira-kira pukul 3 petang semalam.
"Suami saya bertanya khabar sebelum anak perempuan kami yang berusia dua tahun mengambil pula telefon untuk bercakap dengan bapanya.
"Dia ada memberitahu dia letih dan ingin tidur. Selepas saya mengetahui kejadian yang menimpa suami saya, saya terus menghubunginya, namun gagal," katanya di sini hari ini.
Suaminya bersama tiga lagi rakan dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang mereka naiki untuk menangkap ikan karam dipukul ombak ketika memasuki muara Kuala Dungun malam tadi setelah berada di laut selama 22 hari.
Mimi Sharmila mengetahui kejadian yang menimpa suaminya kira-kira pukul 10 malam tadi menerusi abang iparnya.
Tiga lagi rakan Mohd Zawawi dalam bot itu ialah Mohd Nazri Yaccob, 37, Che Mohd Afendi Che Ismail, 34, dan Abdul Wahab Zakaria, 44, sementara seorang lagi mereka Mohd Shazrin Yaccob, 33, terselamat selepas berenang hampir tiga jam menuju daratan.
"Suami saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum turun ke laut, namun seperti biasa dia akan berpesan supaya menjaga diri dan anak kami. Saya berharap sangat dapat bertemu semula suami saya," kata Mimi Sharmila.
Pasukan penyelamat yang menyambung operasi mencari dan menyelamat menemui bot yang dinaiki para nelayan itu pada pukul 10.30 pagi tadi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata usaha pencarian akan diteruskan sehingga jarak lima kilometer.
Ketua Zon II Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu Azmi Abdul Rahim pula berkata pihaknya menjangka kesemua mangsa dapat dikesan dalam tempoh 24 jam jika cuaca baik.
"Namun keadaan cuaca yang berangin serta laut bergelora sehingga mencecah 2.5 meter kini agak menyukarkan operasi pencarian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2017

Pasukan penyelamat yang menyambung operasi mencari dan menyelamat menemui bot yang dinaiki para nelayan itu pada pukul 10.30 pagi tadi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. - Foto Astro AWANI

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.
Banjir: Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah jajahan terjejas
Banjir kembali melanda Kelantan dengan jajahan Tanah Merah menyaksikan 46 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

Maritim Malaysia tahan bot gentian kaca bersama 90 set bubu naga
Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kru nelayan warga tempatan termasuk tekong berumur antara 19 dan 31 tahun berada di atas bot.

Ajal tiba dalam perih mencari rezeki, pesara ditemui mati dalam bot
Mangsa keluar menangkap ikan bersendirian di perairan Pantai Penunjuk, Kijal sekitar jam 2 petang Rabu.

Nelayan OKU keluar candat sotong ditemui maut dalam bot
Mayat Ahmad Saufie Mohamed, 34 tahun, dijumpai adiknya kira-kira jam 5.10 petang Isnin sekitar jarak lima batu nautika dari Kampung Batu Buruk di sini.

Tiga sekawan guna bot sendiri bantu mangsa banjir di Kota Tinggi
Zamzul Arifin Mohidin, 38; Sapari Amat, 37; dan Hadi Salleh, 42, secara sukarela menawarkan diri membantu mangsa banjir menggunakan bot gentian kaca sepanjang 7.31 meter milik Sapari.

Teksi air Indonesia mencurigakan ditahan di perairan Johor Timur
Bot itu ditahan oleh pasukan peronda APMM di kedudukan 2.8 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop di Kota Tinggi pada pukul 1.30 tengah hari setelah dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Bot bawa spesies burung dilindungi, ditahan di perairan Pengerang
APMM telah menahan bot tanpa nombor pendaftaran dan dikendalikan dua orang kru itu, pada pukul 10.35 malam.

Lelaki hilang ketika menangkap ikan di sungai di Kinabatangan
Difahamkan, mangsa keluar memukat bersendirian dengan menaiki bot jenis gentian kaca pada jam 7 pagi Rabu.

Banjir bawa rezeki kepada pemilik bot
Seorang pemilik bot gentian kaca mendapat rezeki selepas botnya digunakan untuk membawa penduduk kampung ke kawasan yang dinaiki air dengan mengenakan tambang RM5 untuk perjalanan sehala.

Pemandu pelancong hanyut ke Indonesia tiba di Malaysia
Mereka berdua merupakan pemandu pelancong dari Pulau Tioman dilaporkan hilang di laut pada 8 Nov lalu selepas kali terakhir dilihat di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin.

Isteri dapat bercakap dengan suami hanya sekejap
Dia berkata suaminya Mohd Zawawi Mohamed, 27, ada menghubunginya kira-kira pukul 3 petang semalam.