Isteri kepada seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damavand, Iran sejak Ahad lalu menyatakan kesediaan untuk menerima sebarang takdir mengenai nasib suaminya.
Roslida Ablah, 41, berkata beliau pasrah dengan ketentuan Ilahi terhadap suaminya Ramli Abd Majid, 44, yang sememangnya mempunyai azam yang tinggi.
"Saya bersedia menerima apa juga keadaan sama ada suami saya masih hidup atau mati. Saya cuba bertahan dan sabar menghadapi situasi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini pada Khamis.
Roslida yang bekerja sebagai kerani pentadbiran di Pusat Bandar Puchong akan berlepas ke Tehran dengan menaiki pesawat Airasia (D7776) pada pukul 7.05 malam ini bersama dua lagi anggota keluarganya.
Ramli dan seorang rakan Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, bertekad mahu menakluki puncak tertinggi di Iran itu dan meneruskan pendakian walaupun dinasihatkan untuk turun semula kerana tidak cukup masa.
Bagaimanapun, Roslida berharap dan berdoa agar suaminya dan Syed Redzuan ditemukan dengan selamat dan segera oleh pihak misi mencari dan menyelamat (SAR).
"Kali terakhir saya berhubung dengan beliau ialah pada hari keberangkatannya pada 17 Nov di klia2. Saya faham telefon bimbit ada masalah dan melalui kawannya, Amir, saya tahu dia sihat.
"Saya dapat tahu dia hilang selepas dimaklumkan oleh penganjur pada Selasa selepas Maghrib. Penganjur bagitau saya ada berita kurang enak untuk didengar," katanya.
Roslida memberitahu beliau sudah dapat menjangka perkara itu apabila menerima panggilan daripada pihak penganjur disebabkan beliau tahu bahawa suaminya memang bertekad untuk menawan gunung itu kerana masih mempunyai tenaga walaupun keadaan cuaca tidak elok.
"Suami saya, seorang pegawai IT, adalah seorang yang aktif dalam aktiviti pergunungan sejak 2005-2006, dan setakat ini beliau tiada penyakit kritikal dan pernah cedera atau terjatuh di dalam aktiviti perhutanan.
Roslida, yang telah mendirikan rumah tangga selama 19 tahun, menceritakan bahawa suaminya seorang yang bertenaga tinggi dan selalu berfikiran positif serta mempunyai semangat yang tinggi untuk mengatasi segala halangan.
Setakat ini, Ramli telah berjaya menakluki antara lima hingga enam gunung antaranya kem induk Gunung Everest, Gunung Elbrus (Russia), Gunung Kilimanjaro (Tanzania), Ireland Peak (Nepal), Gunung Kosciuszko (Australia) dan beberapa gunung di Indonesia.
Ditanya mengenai anak tunggal pasangan itu, Roslida berkata anak lelakinya yang berumur 16 tahun sangat risau tentang keadaan bapanya, dan beliau telah meminta anaknya itu untuk melakukan solat hajat dan mendoakan agar dipermudah segala urusan.
Menurutnya, beliau akan dijemput oleh Kedutaan Malaysia di Iran dan akan membawanya ke Reyner yang mengambil masa perjalanan selama tiga hingga empat jam, sebelum dibawa ke kem induk gunung Damarvand.
"Saya hanya beli tiket untuk pergi dan berharap beliau dapat dijumpa secepat mungkin. Masa saya hantar, beliau berpesan seperti biasa iaitu jaga rumah, jaga diri. Tetapi, saya nampak beliau betul-betul mahu menawan Gunung Damavand," katanya.
Roslida juga berharap pihak SAR akan menggunakan peralatan maksimum untuk mencari suaminya yang memakai jaket biru dan Syed Redzuan berjaket merah.
Isteri Syed Redzuan, Yszahanim Yusoff turut berlepas dalam penerbangan sama dengan Roslida dalam misi mencari suami masing-masing. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016

Gunung Damavand yang terletak di bahagian timur laut Tehran, Iran. - Foto Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi
Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di KLIA pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.

Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air pada Isnin
Menurut jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok, pihaknya dimaklumkan bahawa jenazah akan diterbangkan dari Tehran selepas segala urusan berkaitan diselesaikan.

Jasad ditemukan di Gunung Damavand sah milik pendaki Malaysia - Wisma Putra
Pengesahan itu dibuat Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad.

Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda
Pihak pasukan operasi SAR tidak memaklumkan tempoh masa penundaan tersebut tetapi akan menyambung semula usaha pencarian apabila cuaca semakin baik.

Operasi cari pendaki hilang diperluas ke Lembah Yakhar
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua rakyat Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran diperluas ke Lembah Yakhar.

Isteri pendaki hilang di Iran sedia terima nasib suami hidup atau mati
Isteri kepada seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak Ahad lalu menyatakan kesediaan untuk menerima sebarang takdir mengenai nasib suaminya.