Hidup dalam serba kedaifan dan kesusahan tidak pernah dijadikan penghalang untuk pasangan muda ini terus bertahan mengukuhkan rumah tangga mereka.
Hidup sebatang kara, dibuang keluarga kerana miskin merupakan nasib yang terpaksa dihadapi bagi Mohamad Amir Hamid, 22 tahun dan isterinya, Nor Zalila Zainol, 21 tahun selain anak kecil mereka berusia lima bulan.
Pasangan itu hanya mempunyai adik beradik memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia.
Malah ketika sarat mengandung, Mohamad Amir dan Nor Zalila pernah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk berteduh selama hampir setahun.
Ujar Mohamad Amir, dia dan isteri terpaksa membina 'istana' istimewa mereka di atas pokok terbabit sebelum pokok itu ditebang.
Menurutnya, pasangan itu kemudian berpindah ke sebuah rumah sebelum dihalau kerana gagal membayar sewa selama empat bulan.
"Sekarang saya tinggal di pondok usang ini di tengah bendang sawah atas tanah rizab milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kira-kira lima kilomter dari jalan ke Kampung Gelam Dua, Yan di sini.
"Setiap malam saya dan isteri akan tidur secara bergilir-gilir memandangkan pondok usang ini sering 'dikunjungi' nyamuk selain terpaksa tidur dalam keadaan mengerekot kerana sempit," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Sabtu.
Menceritakan lebih lanjut, Nor Zalila juadah makan tengah hari atau makan malam mereka bukan romantik seperti pasangan lain sebaliknya terpaksa berkongsi mi segera.
Tambahnya, kadang kala, dia sengaja memasak mi segera itu dalam tempoh lama bagi membolehkan mi segera itu kembang selain nampak banyak.
"Sedih juga dengan nasib macam ini tetapi saya tidak pernah membiarkan suami membanting tulang sendirian sebaliknya membantu mengambil upah menanam padi.
"Ketika berpantang saya sudah mula membantu suami dengan meninggalkan bayi sendirian di pondok ini," katanya.
Sementara itu, sekumpulan Belia Muafakat Kedah, Mohammad Nasir Abdul Manaf berkata, dia dan penduduk kampung akan bergotong-royong membantu memindahkan keluarga itu ke sebuah rumah sewa baharu di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut, di sini.
"Saya sudah menyuarakan perkara yang menimpa pasangan ini kepada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah," katanya.
Astro Awani
Sat Jan 06 2018
Pasangan muda ini kini tinggal di tengah sawah selepas dibuang ahli keluarga dan kemiskinan. - Gambar Astro AWANI
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Cecah usia 129 tahun, mengapa Memorial Pelanggaran Gajah kian daif, dipandang sepi?
Memorial Pelanggaran Gajah yang terletak dekat Taman Melor sudah usang dan dinaiki semak samun sehingga tenggelam dari pandangan umum.
Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil
"Ada tiga bilik, dua bilik kelamin untuk anak dan menantu masing-masing ada dua dan enam orang anak, satu bilik kecil saya bersama cucu."
Warga emas OKU ditemui tinggal dalam rumah uzur
Individu yang dikenali sebagai Pak Cik Hashim itu tinggal di dalam rumah yang strukturnya telah dimakan anai-anai selain atap yang bocor.
Terpaksa 'berdamai' dengan asap jelaga: 'Tiada elektrik, saya belajar guna lampu pelita'
Delvina Ansarui terpaksa mengulang kaji dan membuat kerja rumah hanya menggunakan lampu pelita.
PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera
Ismail berkata semasa pemerintahan BN dahulu, veteran tentera diberi kuota 400 tempat setahun untuk menunaikan fardu haji sementara veteran tentera yang daif dibantu untuk membina atau membaiki rumah.
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Keluarga daif tinggal dalam pondok terima bantuan kerajaan negeri
Ketika ditemui, Leo Micheal menjelaskan dia terpaksa tinggal di pondok kebun milik salah seorang daripada adik-beradiknya di kampung itu.
Derita kanak-kanak Syria sehingga terpaksa makan habuk roti
Bayangkan segelintir daripada mereka bukan saja kehilangan tempat tinggal yang dibom pengganas tapi mereka juga hidup dalam serba kekurangan dan daif.
Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee
Pendekatan mesra dan mudah didekati itu membuatkan pelajar lebih berani mendekati Menteri Pendidikan itu dan beliau sendiri mendahului menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan cara tersendiri.
Lebuh Raya Pan Borneo: Saya hormat kontrak ditandatangani - Baru Bian
Tegasnya, pihaknya akan pastikan projek-projek ini siap dilaksanakan mengikut jadual.