Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini merupakan lambang kepada maruah negara yang sekali gus meletakkan institusi diraja pada tahap paling tinggi.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, istiadat itu yang merupakan penghormatan kepada institusi diraja turut mencerminkan kekayaan adat resam, budaya dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan dihormati.
"Ia (istiadat pertabalan) menunjukkan tradisi kita sebagai sebuah negara dan bagaimana kita mengangkat institusi diraja sebagai sesuatu yang sangat dekat di hati kita.
"Ia mengangkat maruah negara khususnya bagaimana istiadat itu berlangsung dengan penuh tertib dan teratur dan menunjukkan bahawa kita mempunyai istiadat tersendiri berbanding negara-negara lain sehinggakan beberapa perkara kecil pun turut dipandang tinggi," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam tadi.
Sementara itu, Shamrahayu berkata rakyat perlu sentiasa menanam perasaan sayang dan mengidolakan institusi diraja sebagai sebuah institusi yang memelihara keharmonian dan kedaulatan negara serta perpaduan rakyat.
Beliau berkata perasaan rakyat terhadap institusi diraja adalah lambang patriotisme kerana ia merupakan sebahagian daripada ciri-ciri bangsa Malaysia, selain sistem pendidikan yang perlu terus memainkan peranan.
"Kita juga harus memperkemaskan pendidikan tidak formal dan pada masa ini kita berdepan dengan cabaran penggunaan media sosial yang mana institusi diraja turut terkesan dengannya.
"Apabila kita dapat menanamkan perasaan jati diri dalam generasi muda khususnya kita boleh mengelakkan isu-isu yang timbul di media sosial," katanya.
Sementara itu, Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini yang turut menjadi tetamu program itu berkongsi lima acara sampingan sempena Istiadat Pertabalan itu.
Ia merangkumi majlis bacaan Yaasin, doa selamat dan solat hajat pada 25 Julai di Masjid Negara; Majlis Santapan Diraja di Istana Negara pada 31 Julai; serta lawatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras pada 1 Ogos.
"Pada 2 Ogos akan diadakan Khutbah Khas dan Solat Jumaat iaitu Yang di-Pertuan Agong akan berangkat ke Masjid Putra di Putrajaya. Khutbah Khas ini akan dibacakan di seluruh masjid di Wilayah Persekutuan dan di negeri-negeri di mana Baginda menjadi ketua agama.
"Sesuatu yang saya fikir sangat positif juga apabila beberapa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja telah menitah berkenan supaya teks yang sama dibacakan di negeri-negeri Baginda," katanya.
Selain itu, Azuan Effendy berkata pada 5 Ogos akan diadakan perasmian Pameran Raja Kita yang bakal memaparkan koleksi peribadi Sultan Abdullah seperti kad pengenalan dan gambar-gambar lama Baginda. -- Bernama
Bernama
Thu Jul 18 2019

Hari Pertabalan Agong akan diadakan pada 30 Julai ini. - Instagram@istana_negara

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Sultan Pahang lawat keluarga wanita ditemukan meninggal dunia di Jambatan Tanjung Lumpur
Baginda turut kelihatan menenangkan Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, suami kepada mangsa, Allahyarham Norshamira Zainal, 37.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.

Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.

Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.

Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.

Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.