Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memulihkan ringgit agar ekonomi terus berkembang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Kita tidak perlukan apa-apa lagi skandal. Kita tidak perlukan ketidaktentuan politik.
"Apabila kesemua isu berkenaan 1MDB diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan pemulihan ringgit," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB.
"Kami telah serahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini," tambah Zeti.
Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.
Luqman Hariz
Mon Sep 21 2015
ZETI: Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Penduduk Honduras terputus hubungan akibat Taufan Tropika Sara
Taufan Tropika Sara yang mula melanda Honduras sejak dua hari lalu, menyebabkan banjir besar dan kerosakan infrastruktur pada Sabtu.
Situasi itu menyebabkan beberapa komuniti di utara Honduras terputus hubungan.
Situasi itu menyebabkan beberapa komuniti di utara Honduras terputus hubungan.
Aktivis di Rome gayakan pelbagai kostum unik ketika protes
Para aktivis iklim di Rome, Itali mengambil bahagian dalam perarakan 'Climate Pride' yang diadakan sebagai sebahagian daripada aksi global bersempena dengan mesyuarat COP29 yang berlangsung di Baku, Azerbaijan.
Antara isu yang diperjuangkan mereka yang mewakili lebih 70 organisasi alam sekitar termasuk Fridays for Future dan Greenpeace ialah menuntut agar kebergantungan kepada bahan bakar fosil dihentikan.
Antara isu yang diperjuangkan mereka yang mewakili lebih 70 organisasi alam sekitar termasuk Fridays for Future dan Greenpeace ialah menuntut agar kebergantungan kepada bahan bakar fosil dihentikan.
'Kepala' pemimpin G20 ditenggelamkan dalam air di Brazil
Potongan kadbod yang dibentuk menyerupai wajah pemimpin utama G20 ditenggelamkan di dalam air.
Tindakan itu dilakukan organisasi komuniti orang asli di Rio de Janeiro pada Sabtu sebagai protes terhadap kegagalan meeka dalam mengambil langkah tegas menangani perubahan iklim.
Tindakan itu dilakukan organisasi komuniti orang asli di Rio de Janeiro pada Sabtu sebagai protes terhadap kegagalan meeka dalam mengambil langkah tegas menangani perubahan iklim.
PM tiba di Brazil, sertai Sidang Kemuncak G20
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Rio De Janeiro sekitar 10.24 malam waktu tempatan pada Sabtu (9.24 pagi Ahad Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).
[TERKINI] Perjalanan akhir komposer legend Datuk S.Atan
Jenazah allahyarham komposer legenda, Datuk S.Atan yang meninggal dunia petang Sabtu akibat jangkitan kuman di paru-paru, selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang kira-kira jam 11 pagi ini.
Polis tahan lelaki warga asing gaduh, korek mata
Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek.
Ribut petir, hujan lebat, angin kencang diramal landa enam negeri
Beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang, pada pagi Ahad.
AWANI Ringkas: PM hadiri Sidang Kemuncak G20
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.