Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Khamis mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.
Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya, pukul 3 petang tadi.
Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk "DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM RIZA AZIZ?(BHG 2)", 19 Feb lepas.
Menurut surat tuntutan itu yang ditandatangani peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, artikel itu mempunyai kata-kata berunsur fitnah dengan niat jahat ke atas anak guamnya.
Ia juga menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti kukuh dan adalah amat serius serta dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Najib.
Surat tuntutan itu juga menyatakan kenyataan itu antara lain bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Najib yang mempunyai imej awam yang baik.
Oleh itu, surat tuntutan itu antara lain menuntut HarakahDaily berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berhubung isu itu terhadap Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu iaitu pada 26 Feb (Khamis).
Ia juga menuntut pihak HarakahDaily membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah itu, atas terma-terma yang dipersetujui oleh firma guaman itu bagi pihak Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu.
Ia juga menuntut pihak HarakahDaily untuk menyediakan satu akujanji bertulis bahawa saluran lidah rasmi PAS itu tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah itu atau kenyataan yang serupa dengannya.
Ia menyatakan bahawa sekiranya firma guaman itu tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak HarakahDaily berhubung surat tuntutan itu, ia bermaksud pihak itu tidak menafikan penegasan Najib itu dan HarakahDaily juga berniat untuk meneruskan dengan penerbitan kenyataan berunsur fitnah itu.
"Dalam kedaan tersebut, kami mempunyai arahan tegas anak guam kami untuk meneruskan prosiding mahkamah terhadap pihak tuan tanpa sebarang rujukan pihak tuan, termasuklah permohonan menfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut," menurut surat tuntutan itu.
Bernama
Thu Feb 26 2015

Firma guaman yang mewakili Najib (gambar) mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk "DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM RIZA AZIZ?(BHG 2)", 19 Feb lepas.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.