Isu pembelian banglo Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town dekat sini bukan sengaja dibangkitkan oleh UMNO atau Barisan Nasional (BN) untuk 'menyerang' ketua menteri itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak lain dan bukannya Lim semata-mata.
"Datuk Shabudin bertanya untuk mendapatkan jawapan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) berhubung penjualan banglo yang didakwa murah berbanding harga pasaran.
"Beliau (Shabudin) tidak menyerang Lim secara peribadi sebaliknya ingin tahu dan mendapat penjelasan. Saya berpendapat Ketua Menteri juga harus tampil dan menjawab perkara itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow yang mendakwa isu pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis adalah serangan peribadi.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas dan Timbalan Menteri Luar berkata Lim perlu tampil dan memberi penjelasan berhubung isu banglo itu kerana rakyat Pulau Pinang juga mahukan jawapan daripadanya.
"Bagi saya, perkara ini membangkitkan tiga perkara yang jelas perlu dijawab sendiri oleh Lim iaitu yang pertama apakah pembelian di bawah harga pasaran ini benar berlaku atau sebaliknya.
"Kedua secara tidak langsung, pembelian ini adalah suatu yang luar biasa dan perlukan penjelasan daripada pihak-pihak terlibat manakala yang terakhir apakah pembelian luar biasa ini mengikut undang-undang dan tidak mempunyai agenda lain," katanya.
Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang meminta JPPH membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Anggota Parlimen Bagan itu sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.
Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Bernama
Sun Mar 27 2016

REEZAL: Saya berpendapat ketua menteri juga harus tampil dan menjawab perkara itu. -Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Isu banglo: Bukan untuk 'serang' Ketua Menteri Pulau Pinang - Reezal Merican
Isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak lain dan bukannya Lim semata-mata.