KONTROVERSI berlian palsu yang tercetus antara dua personaliti ternama tanah air, Aishah dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida akhirnya menemui penyelesaian.
Kes berkenaan diselesaikan antara kedua-duanya menerusi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, proses mediasi antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik.
Kejayaan mediasi itu juga, kata Muhammad Izwan, sekali gus bermaksud tiada perbicaraan penuh yang akan berlangsung di mahkamah.
"Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian. Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif," kata Muhammad Izwan seperti dilaporkan portal berita Mstar.
Sementara, penyanyi lagu Janji Manismu itu pula dalam Instagram peribadinya memuat naik kenyataan media berhubung proses mediasi diringi dengan kapsyen bertulis: "Alhamdulillah settled!!!! Tunggukan PC mengenai kes ini nanti."
Persengketaan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi ternama itu membuat pendedahan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik itu adalah palsu.
Penyanyi lagu Janji Manismu itu mengetahui bahawa barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan menjuarai progam Gegar Vaganza musim keempat itu bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.
Rentetan daripada itu, sengketa antara mereka berpanjangan sehinggalah Aishah membuat keputusan membawa kes ini ke mahkamah.
Astro Awani
Tue Jul 02 2019

Persengketaan antara Datuk Vida dan Aishah gara-gara kontroversi berlian palsu berakhir menerusi proses mediasi pada Isnin.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu berlian palsu: Aishah, Vida selesai kes cara mediasi
Kontroversi berlian palsu yang tercetus antara dua personaliti ternama tanah air, Aishah dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida akhirnya menemui penyelesaian.