Penerbang drone yang menggemparkan negara dengan memuat naik gambar pesawat mendarat di KLIA di dengan nama samaran Yeng Nasir di Instagram dilaporkan turun berat badan sehingga enam kilogram (kg) akibat terlalu risau selepas mengetahui isunya mendapat perhatian pihak berkuasa.
Menurut sumber yang rapat dengan Yeng Nasir, dia tidak mengetahui perbuatan itu merupakan satu kesalahan sehingga dikecam hebat di media sosial selain dicari polis.
"Yeng sudah memberi kenyataan kepada polis pada Rabu lepas, dia juga sudah berjumpa pengurusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan memberi penjelasan yang diperlukan untuk membantu kelancaran kes.
"Bagaimanapun berat badannya turun enam kilogram, dia tidak lalu makan apabila tahu dia dicari, dia juga tidak tenang selepas mengetahui gambarnya di Instagram menjadi cemuhan banyak pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Yeng Nasir mencetuskan fenomena baru di media sosial dengan foto kemunculan sebuah drone yang diterbangkan berdekatan KLIA.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama di media sosial, atas faktor keselamatan.
Drone jenis DJI Phantom 2 tersebut dikatakan mengambil beberapa gambar pesawat mendarat di KLIA, yang mana gambar-gambar itu telah dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.
Gambar itu difahamkan telah dimuat naik ke Instragram kira-kira tiga bulan lalu oleh pengguna dikenali sebagai 'yengnasir'.
Para pengguna di laman media sosial mempersoal dan menyelar tindakan individu itu kerana ia dikatakan boleh membahayakan pesawat jika terlanggar.
Bagaimanapun kata sumber itu, Yeng yang dikatakan sudah memuat naik gambar itu sejak Februari tahun lepas dan mendakwa sudah memadamkan gambar berkenaan kini berhadapan 'ancaman' baru iaitu kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
Akaun Facebook palsu Yeng Nasir yang mendakwanya mendapat peluang pekerjaan membuat video menggunakan drone untuk mempromosi KLIA dan KLIA2 - Sumber gambar Facebook
Lebih malang, akaun itu turut memuat naik gambar terbaharu yang diambil daripada drone dengan status 'Baru balik dari ibu pejabat bukit aman, alhamdulillah dapat job untuk bekerjasama dengan pihak KLIA dan KLIA 2 untuk buat video promosi. Alhamdulilah,'.
"Jangan percaya akaun itu, ianya palsu dan tolong berhenti mengecam Yeng," kata sumber itu.
Bagaimanapun pada Sabtu, Astro AWANI mendapati akaun itu sudah tidak lagi wujud.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan akan berbincang dengan kerajaan agar Akta Penerbangan Awam 1969 dikaji semula.
Ia bagi memasukkan penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron seberat 20 kilogram ke bawah diwajibkan memohon kebenaran penerbangan.
Azharuddin juga memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis berkenaan dengan isu berkenaan selain mengumumkan tiada sebarang kenyataan media mengenai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang menawarkan tawaran kerja kepada Yeng.
Mengikut peraturan DCA 2008, terdapat larangan ke atas penggunaan drone di bawah 20 kilogram di ruang angkasa terkawal atau dalam zon lapangan terbang kecil, melainkan mendapat kebenaran daripada unit kawalan trafik udara diperolehi.
Drone seperti itu juga tidak dibenarkan terbang dalam jarak 1.5 batu nautika atau 2.8 kilometer dari sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 07 2015
Sumber: Isu Drone: Berat badan Yeng Nasir 'turun' 6 kilogram - Gambar fail
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.