Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan masalah eksport sarang burung walit negara ini ke China akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan apabila wakil China datang untuk melihat sendiri keadaan di sini, bulan ini.
"Selepas wakil MOA ke China minggu lepas untuk memberi penjelasan mengenai wabak selesema burung (H5N1) yang kini melanda Kelantan, China lebih jelas tentang keadaan sebenar dan mahu datang ke sini melihat sendiri keadaan itu.
"Saya juga diberitau mereka tiada masalah untuk aktiviti eksport itu diteruskan dengan syarat mereka melihat sendiri bagaimana Malaysia mengendalikan prosedur mengawal penyakit tersebut agar tidak merebak ke luar Kelantan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Perasmian Jalinan Kasih Rakyat Peringkat negeri Perlis anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
China baru-baru ini mengeluarkan perintah sekatan sementara terhadap import sarang burung walit dari Malaysia susulan wabak H5N1 yang diisytiharkan di Kelantan pada 15 Mac.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata wakil China juga mahu melihat sendiri pemprosesan setiap sarang burung berkenaan.
"Kalau semuanya dipersetujui ia akan menyelesaikan masalah eksport sarang burung ini," katanya.
Pada masa sama katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memantau dan memeriksa unggas di Kelantan sehingga negeri itu diisytiharkan bebas HN5N1.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2017

China baru-baru ini mengeluarkan perintah sekatan sementara terhadap import sarang burung walit dari Malaysia susulan wabak H5N1 yang diisytiharkan di Kelantan pada 15 Mac. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.

Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.

Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.

Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.

Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.

Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.

Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.

Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.

Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.

Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.