Pengguna Twitter dilihat saling nasihat menasihati sesama mereka untuk lebih berhati-hati sebelum membeli epal dan mengelak daripada memilih epal jenis Gala dan Granny Smith.
Beberapa tweet yang dikeluarkan mereka kebanyakannya berkongsi kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.
Ada juga pengguna yang memberikan pautan cara-cara pencegahan bakteria Listeriosis.
Pada Sabtu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementeriannya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mengarahkan pengimport epal jenis Granny Smith supaya memanggil semula produk itu dari pasaran berikutan dakwaan epal itu dicemari bakteria, selain menyita buah epal yang terdapat di premis pengimport.
Tegasnya, Kementerian Kesihatan juga mengambil maklum isu pencemaran bakteria "Listeria monocytegenes" pada buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat.
Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) mengenai perkara ini selain mengenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran syarikat itu di semua pintu masuk negara.
Astro Awani
Sun Jan 18 2015
'Rakyat' media sosial nasihat menasihati di Twitter - Gambar fail
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Pemecatan diumumkan menerusi surat daripada pemangku peguam negara, James McHenry.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan yang dihasilkan sistem itu menunjukkan cap jari tersebut tidak sepadan dengan suspek berusia 30 tahun terbabit.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Peta Google akan menukar nama ‘Teluk Mexico’ kepada ‘Teluk Amerika’, sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat atas alasan mereka tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan agenda Presiden.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Poland sasar pasaran Malaysia untuk eksport epal
Poland, satu daripada pengeluar epal terkemuka dunia dan terbesar di Eropah menyasarkan untuk menembusi pasaran Malaysia.
Bayi berat hampir sama dengan epal dibenarkan keluar hospital
Ketika dilahirkan di Hospital Universiti Nasional Singapura tahun lalu, Kwek Yu Xuan hanya seberat 212 gram dan 24 sentimeter panjang.
Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.
Selepas strawberi, jarum ditemui dalam epal di Australia
Seorang ibu di Sydney terkejut selepas menemui jarum tersembunyi di dalam epal yang dibelinya di sebuah pasar raya utama di negara itu.
INFOGRAFIK: Apa itu Listeriosis?
Pada 18 Januari, Kementerian Kesihatan menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu kerana dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes."
Semua sampel epal akan dikaji kesan bakteria Listeriosis
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian tersebut dijalankan bagi memastikan bakteria itu tidak menular di negara ini.
Isu Epal: 'Rakyat' media sosial saling menasihati di Twitter
Pengguna Twitter dilihat saling nasihat menasihati sesama mereka untuk lebih berhati-hati sebelum membeli epal dan mengelak daripada memilih epal jenis Gala dan Granny Smith.
Kementerian Kesihatan sita 19,960 epal Gala, Granny Smith di Sarawak
Kementerian Kesihatan setakat ini telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu, Sarawak.
Epal jenis Gala, Granny Smith disekat masuk ke Malaysia
Jenis epal tersebut dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.