Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sekadar cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju.
Tengku Adnan berkata cadangan itu telah diputarbelitkan pihak tertentu.
"Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata cadangan itu adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon selain bagi menangani jenayah ragut dan pelaksanaannya akan dipertimbangkan jika pengangkutan awam dapat menyediakan tambang yang berpatutan kepada para penumpangnya.
"Kita sedang melihat perkara (cadangan) ini, saya kata 'berkemungkinan', mungkin ya atau mungkin tidak.
"Saya tahu bahawa kebanyakan warga kita perlukan kenderaan ini (motosikal kapcai), kebanyakan rakyat khususnya golongan bawahan, mereka menggunakan kenderaan ini ke tempat kerja dan sebagainya kerana ia menjimatkan," katanya.
Laporan berkenaan cadangan itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai maklum balas orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan butik 'ready to wear' atau RTW yang dikenali sebagai Bohari milik pereka fesyen, Ridzuan Bohari di Sunway Putra Mall di sini.
Beliau berharap Kuala Lumpur akan terus menjadi 'Syurga Membeli-belah' menerusi lebih banyak pembukaan outlet perniagaan di pusat beli-belah sekitar ibu kota.
"Dengan wujudnya banyak outlet sebegini (seperti perniagaan Bohari) ia sedikit sebanyak menarik lebih ramai pengunjung datang ke Kuala Lumpur, dan kita harapkan produk-produk tempatan juga berkembang ke peringkat antarabangsa," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 18 2017

Tengku Adnan berkata larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur telah diputarbelitkan pihak tertentu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Ada 'ride' ke bro?
Senang saja nak mengetahui sama ada lokasi itu jadi tumpuan 'rider' atau tidak.

Isu kapcai: Tidak dilaksanakan jika rakyat tidak setuju - Tengku Adnan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sekadar cadangan.

Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.

Guru jelajah benua Afrika dengan 'kapcai'
Seorang guru membuktikan semangat 'Malaysia Boleh' dengan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer bermula di Cape Point, Afrika.