Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan masuk campur dalam isu AirAsia enggan berpindah ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekiranya masih tidak menemui jalan penyelesaian dengan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Pada Rabu, syarikat penerbangan tambang murah itu sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak berpindah ke terminal berkenaan atas alasan cukai lapangan terbang yang meningkat.
“Kedua-dua pihak, AirAsia dan MAHB, sepatutnya bekerjasama dan cari penyelesaian dalam isu tersebut sejak dahulu. Jika mereka tidak dapat mencari penyelesaian isu tersebut, saya mungkin akan masuk campur.
"Saya akan memantau perkembangannya kerana isu ini sudah berlarutan," kata Liow yang ditemui selepas majlis perasmian Pusat 4S Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd di Temasya Industrial Park di sini hari ini.
Tambah beliau, perkara paling penting adalah keselesaan para pengembara, penumpang pesawat dan juga pihak berkepentingan lain.
"Ini penting untuk negara. Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan dalam situasi ini," kata Liow.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata keengganannya berpindah adalah kerana cukai lapangan terbang akan meningkat dan itu tidak akan membantu meningkatkan tahap kompetitif pelancongan Sabah.
AirAsia juga menyatakan pemindahan ke Terminal 1 akan mengakibatkan caj penumpang naik dari RM32 kepada RM65 seorang bagi penumpang antarabangsa.
Hamzah Hamid
Wed Aug 12 2015
Isu keengganan AirAsia berpindah ke Terminal 1 KKIA sudah berlarutan sekian lama tanpa menemui kesepakatan dengan MAHB.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.