Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinasihat tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.
Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kontroversi kehadiran Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di kampus universiti itu pada Sabtu lalu untuk menjelaskan isu GST dilihat sengaja diperbesarkan pihak tertentu demi kepentingan kumpulan tertentu.
"Saya minta pelajar UiTM jadi sedikit rasional, maksudnya jangan cakap melalui emosi dan tidak bersebab untuk marah kepada kerajaan.
"Apa yang dikatakan Ahmad benar selain banyak makanan dijual di dalam kampus sendiri dengan harga yang berpatutan. Memang isu masak sendiri ditujukan kepada mereka yang menyewa di luar kampus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Ibrahim mengulas kenyataan Ahmad yang merayu semua pihak berhenti memanipulasi saranannya yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban GST.
Tegas Ahmad, ucapannya selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.
Terdahulu, nama Ahmad menjadi trending di media sosial kerana saranannya yang didakwa menyuruh pelajar yang duduk di kampus untuk memasak sebagai cara mengelas GST.
Pelbagai reaksi diberi pelajar termasuk larangan memasak di kampus yang dikatakan sudah sekian lama dikuatkuasakan.
Dalam pada itu kata Dr Ibrahim, pelajar berkenaan seharusnya bersyukur kerana kerajaan sudah memberikan lebih 90 peratus subsidi kepada pelajar UiTM selama ini.
"Sudahlah mereka ini diberi subsidi yang banyak selain Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang cukup pada setiap semester.
"Kenapa mereka seolah-olah hendak meruntuhkan dunia dengan isu GST ini? Seharusnya mereka berterima kasih kerana selama ini kerajaan sudah banyak membantu sehingga mereka berada kini berada di UiTM," jelasnya.
Selain kampus utama UiTM di di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai tiga buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan sembilan kampus bandar.
UiTM mempunyai cawangan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, UiTM dilaporkan akan meningkatkan pengambilan pelajar kepada 250,000 pelajar menjelang 2020.
Wan Syamsul Amly
Sun Apr 12 2015

DR IBRAHIM: Isu masak di kampus: GST tidak buat pelajar UiTM mati kebulur - Gambar fail

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.