Peserta kempen menyusukan anak yang dianjurkan beberapa kelab ibu menyusu di negara ini seperti yang tersebar di media sosial perlu mengelak daripada rakaman aksi oleh pihak media yang berisiko menimbulkan pelbagai pandangan dari persekitaran yang memiliki pelbagai niat.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, setiap tindakan perlu perlu lebih berimbang selain sentiasa menjaga aurat kepada peserta yang beragama Islam.
"Hendak berkempen silakan, tetapi tidak perlu sehingga menyusukan anak di hadapan media yang merakam aksi kalian. Payu dara kalian bukan untuk tontonan umum. Namun saya yakin kalian melindunginya dengan baik. Moga-moga tiada rakaman yang berniat jahat.
"Menjaga aurat adalah salah satu disiplin dan tanggungjawab setiap Muslim kepada Allah. Manakala menyusukan anak merupakan tanggungjawab seorang ibu kepada anak. Maka terdapat dua tanggungjawab di sini.
"Apabila berlaku pertembungan antara dua tanggungjawab ini, bagaimana seorang Muslim menyikapinya?
"Adakah dengan cara mendedahkan payu dara sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira soal disiplin aurat? Membiarkan anak menangis kelaparan? Sebagai wanita Muslimah, sudah tentu kalian menolak kedua-dua cara di atas. Lalu bagaimana?" katanya kepada Astro AWANI di sini.
Tumpuan orang
Dr Fathul Bari mengulas aktiviti beberapa kelab ibu yang mengadakan perhimpunan menyusukan anak selain 'flashmob' di kawasan tumpuan orang ramai di ibu kota, seperti yang tersebar di media sosial akhir-akhir ini.
Bagaimanapun jelasnya, dari satu perspektif, ia dilihat satu kempen yang positif selain bersifat galakan untuk ibu-ibu menyusukan anak dengan susu badan.
Kata Dr Fathul Bari lagi, ibu-ibu berkenaan juga harus mengimbangi tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggungjawab sebagai ibu.
"Caranya mudah, bersungguh-sungguh menyusukan anak di samping bersungguh-sungguh menjaga batas aurat. Bukan dengan cara selamba mengeluarkan payu dara tanpa menghiraukan persekitaran yang memiliki pelbagai niat.
"Kehidupan beragama adalah suatu hal terindah bagi yang memahami. Keterbukaan dalam beragama bukan bermaksud meliberalkan agama sebaliknya ia satu kemudahan yang Allah sediakan untuk hamba-Nya. Maka manfaatkan keterbukaan dan kemudahan tersebut dengan disiplin agama dan bukan liberalisme," jelasnya.
Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menasihatkan wanita agar tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
Wan Syamsul Amly
Wed Jan 13 2016
FATHUL BARI: Manfaatkan keterbukaan dan kemudahan tersebut dengan disiplin agama dan bukan liberalisme.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Bekas Mufti Perlis meninggal dunia
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Dr Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
Pelan mitigasi projek 'sakit' jadi keutamaan PR1MA - Fathul Bari
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan sentiasa berusaha memastikan pelan mitigasi untuk projek-projek 'sakit' dengan kategori pelbagai, berada dalam senarai keutamaan.
'Kenapa sampai kena selak kain?' - Fathul Bari
Tidak dinafikan golongan transgender atau mak nyah mempunyai hak mereka di negara ini dan diakui tidak pernah berlaku diskriminasi terhadap mereka.
Isu menyusu anak: 'Payu dara bukan untuk tontonan umum' - Fathul Bari
Peserta kempen menyusukan anak yang dianjurkan beberapa kelab ibu menyusu di negara ini perlu mengelak daripada rakaman aksi oleh pihak media yang berisiko menimbulkan pelbagai pandangan.
Fathul Bari mahu artis "berhijrah" lihat kembali motif sebenar, bidas Abby Abadi
Golongan artis yang berhijrah diminta berfikir secara rasional dan jangan keterlaluan menuduh UMNO tidak menyokong penghijrahan mereka.