Isu penempatan orang-orang laut atau Orang Palau yang membelenggu rakyat Sabah selama ini dilihat dapat diselesaikan melalui kerjasama semua agensi berkaitan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, isu itu juga tidak boleh diletakkan di bahu agensi tertentu semata-mata.
"Kita pandang serius isu ini. Ia bukan sehari dua, dan sejak dulu menghantui komuniti di sini.
"Kita juga banyak mendapat keluhan masyarakat dan kerjasama daripada semua agensi akan dipastikan agar tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
Mohammad Yusof mengulas kenyataan Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Ruji Ubi mengenai langkah keselamatan yang dilakukan agensi itu terhadap penglibatan, penyeludupan dan aktiviti memboloskan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) oleh komuniti Orang Palau.
Jelasnya lagi, tanggungjawab untuk mengawal komuniti Palau tidak boleh diletak di bahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja.
"Agensi-agensi keselamatan dan pihak ESSCom harus berkerjasama untuk mengawal kemasukan dan penempatan komuniti ini.
"Sebagaimana kita semua sedia maklum, komuniti Palau atau orang laut ini tidak mempunyai negara dan digelar sebagai Gipsi Laut. Mereka harus diberi perhatian serius kerana kehadiran mereka kini mendapat banyak keluhan daripada rakyat.
"Saya juga mencadangkan agar pergerakan mereka dikawal jika ke daratan, seharusnya hanya untuk menjual hasil dan ingin membeli sesuatu untuk keperluan mereka sebelum kembali ke perahu dan terus ke laut," katanya.
Orang Palau yang tinggal di dalam perahu dan 'naik' ke darat untuk hanya membeli keperluan harian di Lahad Datu - Gambar Astro AWANI
Sementara itu, salah seorang penduduk Lahad Datu, Azman Asiman, yang bertugas sebagai pegawai khas berkata golongan Palau perlu diberikan perhatian kerana kehidupan komuniti tersebut kelihatan semakin mendukacitakan dan tidak terurus.
"Mereka dilindungi oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, kita juga harus menghormati kewujudan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno Silam, Lahad Datu, Rahmat Yusof berpendapat, golongan ini perlu diberikan perhatian setimpal dan meminta pihak berwajib tidak menuding jari kepada mana-mana agensi dalam isu berkenaan.
"Semua perlu kembali duduk ke meja bulat seterusnya mencari resolusi terbaik dalam mengekang permasalahan ini," ujarnya.
Pandangan turut diberi Pegawai Kemajuan Masyarakat Lahad Datu, Amat Kawoh yang melihat penyelesaian isu ini tidak harus diletakkan di atas satu agensi sahaja.
"Masalah ini telah lama berlarutan dan sememangnya PBT tidak boleh diberikan tekanan sepenuhnya kerana dari segi penguatkuasaan, semua pihak harus berganding bahu dan tidak hanya jadi 'penonton' dan lepas tangan begitu sahaja," jelasnya.
Komuniti Palau boleh ditemui di daerah-daerah Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu dan Semporna.
Mereka boleh dikenali dari cara berpakaian, warna kulit, rambut dan penempatan mereka adalah di atas perahu.
Bagi penduduk Lahad Datu, komuniti ini telah diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat.
Penempatan mereka kini tidak menentu kerana kebanyakan perahu mereka telah uzur dan tidak mampu menampung keluarga yang ramai. Oleh itu, terdapat segelintir mereka kini ditemui tidur di kaki lima bangunan.
Mereka juga tidak mempunyai asas pendidikan selain tidak mempunyai pekerjaan, dan majoriti adalah beragama Islam.
Suatu ketika dulu, mereka menjual kerang kima, ikan dan banyak lagi sumber laut. Namun, disebabkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan, mereka kini hanya mampu meminta belas kasihan daripada orang ramai.
Komuniti Palau juga dipercayai berasal dari Kepulauan Lingga kira-kira 300 tahun lalu dan berhijrah ke Selatan Filipina dan Utara Kepulauan Borneo kira-kira 100 tahun lalu selepas kejatuhan empayar Melaka.
Ridzal Abdullah
Sun Nov 09 2014
MOHAMMAD YUSOF: Isu penempatan Orang Palau dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak. -Gambar fail
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
AI Governance — Shaping Malaysia’s AI Future & Ambitions
Artificial intelligence is rapidly becoming a part of our daily lives but as technology evolves more rapidly than governance frameworks, the question is no longer if Malaysia should govern AI, but how—how fast and how much. A new white paper by the Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia seeks to unpack what AI governance really means, and why it matters for Malaysia’s future. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Farlina Said, fellow in Cyber and Technology Policy at ISIS Malaysia, and Adilah Junid, Director of Legal and Government Affairs at Microsoft Malaysia.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.