Ramai peniaga atas talian risau dengan perbuatan mengambil kesempatan yang 'mencantas strategi perniagaan' dengan langkah penguatkuasaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas oleh bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Pengarah Teknologi Maklumat, Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM), Abdullah Abdul Rashid berkata, ada kemungkinan berlakunya sistem penguatkuasaan yang kurang telus mampu memberi kesan kepada usahawan atas talian.
"Sesetengah usahawan atas talian kurang selesa dengan pelaksanaan ini memandangkan ada antara mereka sudah melabur dalam beberapa sistem.
"Ini juga termasuk beberapa sesi latihan pemasaran yang menjadikan amalan 'PM jika berminat' sebagai salah satu strategi pemasaran," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada Khamis, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin menggariskan, penjual atas talian perlu memaparkan lapan maklumat penting pada setiap produk yang diiklankan.
Maklumat tersebut merangkumi:
1. Harga penuh barangan/perkhidmatan – termasuk bayaran cukai dan kos penghantaran.
2. Nama penuh perniagaan dan individu yang menjalankan perniagaan
3. Nombor pendaftaran perniagaan.
4. Alamat penuh, nombor telefon dan emel perniagaan.
5. Maklumat penuh produk apa yang diterima dengan setiap pembelian atau perkhidmatan yang diberikan.
6. Maklumat bayaran yang lengkap.
7. Terma dan syarat jual beli.
8. Anggaran tempoh masa produk akan dihantar.
Dalam pada itu, Abdullah melihat tindakan itu sebagai cabaran walaupun ada dakwaan yang menganggapnya sebagai masalah.
Tambahnya berniaga di platform atas talian memerlukan strategi yang anjal kepada sebarang perubahan.
"Mahu atau tidak, usahawan atas talian terpaksa mengubah cara bagi menyesuaikan diri dengan pemasaran yang memenuhi keperluan perundangan sedia ada," katanya.
Tindakan KPDNKK adalah sebagai usaha melindungi pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Peniaga yang gagal memaparkan kelapan-lapan perkara di atas boleh didenda sebanyak RM50,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. sekiranya disabit kesalahan.
Pengguna pada masa sama turut boleh melaporkan kedai atas talian yang gagal mematuhi peraturan di atas dengan menghubungi talian 1-800-886-800.
Hilal Azmi
Fri Aug 04 2017

Ramai peniaga online risau dengan perbuatan cantas perniagaan dengan langkah penguatkuasaan KPDKK - Gambar Hiasan
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Msyuarat Kumpulan Kerja ADSOM buka tirai pemukiman ADMM di Pulau Pinang
Lebih 150 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri pemukiman kali ini.

Kerajaan sasar kurangkan kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan tempoh kesesakan waktu puncak di Tambak Johor sehingga 70 peratus.

Pengeluaran durian tidak dapat memenuhi permintaan pasaran dunia - Arthur
Pada masa ini, durian dari Malaysia mendapat permintaan tinggi dari negara seperti China, Singapura dan Hong Kong.
UK umum sekatan besar-besaran terhadap Rusia
United Kingdom pada Isnin mengumumkan pakej sekatan ekonomi terbesar terhadap Rusia sejak awal perang di Ukraine.
Sekatan ini menyasarkan syarikat global yang membekalkan komponen ketenteran kepada tentera Rusia.
Sekatan ini menyasarkan syarikat global yang membekalkan komponen ketenteran kepada tentera Rusia.
Ribuan warga Berlin memperingati pencerobohan Rusia di Ukraine
Ribuan penduduk di Berlin berhimpun memperingati ulang tahun ketiga pencerobohan berskala besar Rusia terhadap Ukraine pada Isnin.
Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.
AWANI Ringkas: RUU Pembaharuan Semula Bandar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
E-Waste: SPRM tahan 16 individu termasuk pemilik syarikat, pegawai dagang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang, kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

Isu 'PM Tepi': Usahawan online risau strategi niaga kena 'sailang'
Ramai peniaga online risau dengan perbuatan cantas perniagaan dengan langkah penguatkuasaan KPDNKK.