Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri berhubung nasibnya, selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademik sebenar beliau.
Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau mahu kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diserahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan parti bagi membuat keputusan.
Dalam kenyataan itu juga, Marzuki juga menjelaskan mengenai kekeliruan yang tertulis di Wikipedia berhubung pendidikannya di University of Cambridge.
“Sepertimana yang kita sedia maklum, sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat ke dalam laman web Wikipedia. Ianya juga boleh diedit oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
“Sejujurnya saya tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan saya di dalam Wikipedia. Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk melakukannya. Bahkan, ketika ditanya oleh media sebelum ini, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya mendapat kelulusan dari Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat dan bukannya University of Cambridge,” jelasnya.
Katanya, beliau memulakan memulakan pengajian jarak jauh bersama CIU pada sekitar tahun 2002, iaitu 17 tahun dahulu yang mana ketika masih berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkapalan dan logistik miliknya di Pulau Pinang.
“Sejujur dan seikhlasnya saya tidak pernah berniat untuk menggunakan kelayakan akademik yang ada bagi mengelirukan sesiapa. Ini kerana niat asal pengajian saya 17 tahun dahulu adalah untuk menimba ilmu dalam bidang perniagaan yang saya ceburi.
“Saya berharap agar penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan yang ada. Dengan ini juga, saya menyerahkan kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu kepada Perdana Menteri dan kepimpinan parti,” katanya lagi.
Bersama-sama kenyataan itu juga, beliau mengemukakan bukti memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Logistik) daripada Cambridge International University (CIU), Amerika Syarikat.
Azyyati Ahmad
Fri Feb 08 2019
Dalam kenyataan itu juga, Marzuki juga menjelaskan mengenai kekeliruan yang tertulis di Wikipedia berhubung pendidikannya di University of Cambridge.
Kekejaman Zionis: Israel guna hasil cukai Palestin bayar hutang elektrik PA
Israel merancang menggunakan hasil cukai yang dikutip bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk membayar hutang hampir 2 bilion shekel (544 juta dolar amerika) PA kepada syarikat elektrik milik kerajaan Israel, Israel Electric Co (IEC).
Israel harap rundingan bebaskan tahanan berhasil segera
Presiden Israel, Isaac Herzog, menyatakan harapan agar rundingan untuk membebaskan tahanan di Gaza dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Menerusi hantaran di X, Herzog menyifatkan situasi itu sebagai tempoh yang kritikal bagi Israel.
Menerusi hantaran di X, Herzog menyifatkan situasi itu sebagai tempoh yang kritikal bagi Israel.
Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat setakat 6 pagi Isnin.
Kekejaman zionis: Biden gesa gencatan senjata kepada Netanyahu - White House
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad, menurut kenyataan White House.
2 maut, bot laju berlanggar bot pelancong di perairan Balimbang,
Dua lelaki warga asing maut selepas bot laju mereka berlanggar dengan bot pelancong di perairan Balimbang. Polis siasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.
Fenomena air pasang besar luar biasa resahkan penduduk Terengganu
Air pasang besar luar biasa landa perairan Terengganu, jejas 20 keluarga. Dua pusat pemindahan dibuka bagi mangsa terkesan. Penduduk gusar akibat ombak mengganas.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi pada pukul 9.00 malam Ahad waktu tempatan.
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi pada pukul 9.00 malam Ahad waktu tempatan.
8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura
MPA mengarahkan kapal Intan Daya 368 untuk membantu selepas ia dimaklumkan mengenai panggilan kecemasan Silver Sincere kira-kira 3.40 petang Ahad.
Dua maut bot berlanggar di Semporna
Kedua-dua mangsa warga asing disahkan meninggal dunia selepas terhumban ke laut sebelum ditemui lemas oleh orang awam.
20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu dikumpul secara 'online'
Sebanyak 100,000 borang juga telah dikeluarkan secara manual untuk ditandatangani secara terus di seluruh negara kecuali Sarawak.
Pejuang pilih anak muda NGO bersih rasuah
Mereka tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon muda daripada NGO Melayu walaupun bukan ahli parti itu.
Pejuang hantar rayuan kepada RoS - Mukhriz Mahathir
Menurut Presiden (Penaja) Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, surat rayuan itu telah dikemukakan oleh Timbalan Presiden Penaja, Datuk Marzuki Yahya.
Tiada cadangan untuk ganti Ketua Pembangkang - Anwar Ibrahim
Pertukaran Ketua Pembangkang hanya disuarakan oleh segelintir golongan yang mahu melihat kepincangan dalam kem PH, tegas Anwar Ibrahim.
Perlu tubuh gabungan baru lawan kleptokrat - Marzuki
Marzuki berkata, gabungan baru itu tidak terhad kepada parti politik sahaja, tetapi harus turut merangkumi ahli Parlimen dan Adun yang tidak boleh menerima amalan itu.
Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna biru pantone itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Tubuh parti baharu hanya lebar jurang perpecahan rakyat - Syed Ali
Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin mahu menubuhkan parti baharu hanya akan melebarkan lagi jurang perpecahan rakyat di negara ini.
Dakwaan MPT Bersatu tidak pernah buat keputusan keluar PH tidak benar - Radzi Jidin
Menurut Radzi, Mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari lalu telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar dari PH
Setiausaha Agung Bersatu: Tun Mahathir bantah pemecatan Marzuki oleh Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan mengenai pemecatan Marzuki itu dalam satu sepucuk surat rasmi.
Bersatu tolak peletakan jawatan Tun M sebagai pengerusi parti
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti.