Parti Gerakan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti itu berhubung penjualan tanah di Sri Tanjung Pinang I (STP I), tahun lalu.
Saman fitnah itu difailkan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Guan Eng dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti itu mengenai penjualan tanah STP I yang kemudian diterbitkan di beberapa media dan buletin DAP.
Plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah ke atas semua ganti rugi terbabit, membuat atau menerbitkan permohonan maaf di semua media, kos tindakan dan apa-apa relif tambahan bersesuaian.
Sementara itu, Teck Meng yang ditemui di luar perkarangan mahkamah bersama peguam Datuk Baljit Singh berkata, tindakan tersebut diambil berikutan Guan Eng kerap kali memfitnah parti berkenaan bersabit penjualan tanah tambak di Tanjung Tokong (Sri Tanjung Pinang) tersebut.
Katanya, Guan Eng sering menuduh Gerakan Pulau Pinang di bawah pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon kononnya menjual tanah penambakan itu kepada pemaju pada 1990-an dengan harga RM1 kaki persegi untuk keluasan 980 ekar bernilai RM42.7 juta.
"Sebenarnya Gerakan Pulau Pinang sudah membuat penjelasan dan menjelaskan kepada rakyat bahawa tidak benar sama sekali Gerakan menjual tanah dengan harga RM1 kaki persegi tetapi beliau berulang kali mengulangi kenyataan sama dan ini satu fitnah kepada Gerakan. Maka hari ini kami mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau di mahkamah,” jelasnya.
Astro Awani
Tue Jul 25 2017

Saman fitnah itu difailkan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kira-kira jam 9.30 pagi tadi. - Foto Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.