Persatuan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDIRA) menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berkaitan projek pembangunan di Taman Rimba Kiara dan mendedahkan status siasatan itu kepada umum.
Sepanjang tahun 2017 dan 2018, beberapa laporan telah dibuat kepada SPRM termasuk daripada Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pada November 2017, dan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh (Mei dan November 2018).
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak TTDIRA pada Isnin (17 Disember), laporan itu menumpukan kepada kebimbangan mengenai konflik berkepentingan dan kemungkinan salah laku dalam projek Taman Rimba Kiara.
“Memandangkan terdapat banyak laporan yang telah dibuat, dan masih tiada khabar daripada SPRM, TTDIRA mendesak badan tersebut untuk membekalkan maklumat terkini tentang status siasatan.
“TTDIRA juga mahu usaha menyeluruh diambil untuk mempercepatkan siasatan tentang projek itu, seterusnya memastikan tindakan segera diambil sekiranya benar terdapat salah laku,” ujar kenyataan itu.
Selama beberapa tahun, bantahan terhadap rancangan pembangunan mega di sebahagian tapak Taman Rimba Kiara yang seluas kira-kira 10.12 hektar itu dibuat oleh penduduk TTDI kerana bimbang tentang nasib kawasan hijau berkenaan, dan impak alam sekitar jika projek itu diteruskan.
Mereka juga menegaskan bahawa bantahan tersebut tidak didorong oleh fahaman mana-mana parti politik.
Astro Awani
Mon Dec 17 2018
Para penduduk TTDI yang membantah projek berkenaan sejak beberapa tahun lalu. - Gambar fail
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.