Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau berkata pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menghubunginya bagi mendapatkan keterangan selepas Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat laporan polis dan sidang media mengenai perkara itu.
"Setakat ini, polis belum panggil saya, biar polis jalankan tugas. Tetapi, saya sedia beri kerjasama sekiranya polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) panggil.
"Saya tidak mahu komen lebih kerana tidak mahu isu ini dijadikan polemik politik," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Kempen Tabung Hari Pahlawan 2017 Peringkat Parlimen Teluk Kemang di Batu 4 di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya Mohd Isa yang juga Penaung Persatuan Veteran ATM Cawangan Port Dickson, menangkis dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada pihak media.
"Ramai cakap saya lari, mana ada saya lari, saya ada banyak program di sini, Jempol dan Seremban," katanya.
Mohd Isa pernah menjadi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
Khamis lepas, media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Berikutan itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah itu termasuk tidak menolak kemungkinan memanggil Mohd Isa bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2017

Mohd Isa menangkis dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada pihak media. - Gambar fail

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.