Isu hak milik empat bidang tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak bukan sahaja masalah salah tadbir namun gerakan pihak-pihak tertentu yang berniat untuk menipu dan menyeleweng.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, langkah itu dilakukan melalui tindakan strategi korporat dan dalam pada yang sama mengaburi kepimpinan tertinggi Felda.
"Kita yakin ada unsur penipuan dalam isu tanah Felda di Jalan Semarak. Kita juga amat terkejut dan kecewa terhadap isu terbaru tanah Felda ini yang bakal hilang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan pada masa sama menyebabkan kerugian yang cukup besar kepada Felda.
"Kita sangat bimbang sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan segera, rakyat akan kembali melontarkan persepsi negatif yang bakal sukar ditangani oleh kerajaan dan parti.
"Namun, apa yang terjadi adalah terlalu besar dan ianya perlu ditangani dgn kadar segera dan terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shaiful mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu mengenai risiko Felda kehilangan hak ke atas sebidang tanah di Jalan Semarak bernilai kira-kira RM270 juta ekoran pemindahan hak milik pada 2015 yang didakwa 'meragukan'.
BACA: Felda yakin dapat kembali hak milik tanahnya di Jalan Semarak
BACA: Tanah Felda: Anak gesa lebih banyak laporan polis, SPRM dibuat
Dalam pada itu tegasnya, sudah terlalu banyak isu dan kontroversi menyelubungi Felda dan rakyat sudah tentu mengharapkan kerajaan dengan segera menyelesaikan kemelut itu dengan lebih tegas tanpa melindungi sesiapa yang bertanggungjawab.
"Kita mencadangkan agar pihak jawatankuasa tertinggi Felda mewujudkan sebuah jawatan kuasa inkuiri bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Kita yakin, rakyat perlu jawapan yang penghabisan akan kemelut Felda yang bakal memberi krisis kredibiliti terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
"Hakikatnya rakyat sudah letih dan muak akan kemelut dan salah tadbir urus Felda ini. Frasa 'enough is enough' adalah yang terbaik bagi gerakan yang seterusnya," ujarnya.
Tambahnya, Kerajaan dan parti perlu membuat keputusan yang tegas walaupun sukar demi mengembalikan keyakinan rakyat dan para peneroka.
"Kita yakin Felda akan terus menerus menjadi kudis dan bisul dalam kerajaan dan parti sekiranya ianya tidak ditangani dengan segera dan tegas," jelasnya.
Shaiful juga menyambut baik tindakan dan azam Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang berjanji akan mengembalikan tanah Felda Jalan Semarak dan ianya amat bertepatan dengan masa dan keadaan.
"Namun, kita mendesak agar Shahrir melindungi individu-infividu tertentu yang membenarkan keputusan merugikan dan tidak bertanggungjawab ini.
"Hakikatnya, tindakan Shahrir ini bakal menentukan keputusan rakyat untuk PRU yang akan datang," tegasnya.
BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
BACA: 'Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda' - Shahrir
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman hari ini menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah Felda di Jalan Semarak.
Katanya, ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, Shahrir yakin Felda dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.
Jelasnya, Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan.
Astro Awani
Fri Dec 22 2017

SHAIFUL: Felda akan terus menerus menjadi kudis dan bisul dalam kerajaan dan parti sekiranya isu itu tidak ditangani dengan segera dan tegas. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.