Rakyat perlu berwaspada terhadap mana-mana pihak yang boleh menimbulkan ketegangan agama agar negara tidak berada dalam bahaya, ujar Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau mengulas demikian bagi merujuk kepada kehadiran penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, ke negara ini bagi menyampaikan ceramah di beberapa lokasi yang dijadualkan.
“Bagi pihak rakyat Malaysia yang membantah kunjungan Prof Zakir Naik dan program yang telah dirancangkannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, kerana telah mendengar suara rakyat yang peduli dalam hal ini,” ujar Dr Subramaniam.
Tambah Dr Subramaniam, Malaysia selama ini telah mempromosi perpaduan kaum dan agama, dan sehingga kini berjaya memulihara asas bangsa walaupun berdepan pelbagai cabaran.
BACA: Dr Zakir Naik tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat antarabangsa
“Sehubungan itu, kita perlu berwaspada terhadap pihak yang cenderung mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama di negara ini,” ujarnya yang menambah, Malaysia tidak boleh berada dalam bahaya kekacauan agama.
Menurut Dr Subramaniam, agenda yang selama ini dibawakan oleh Dr Zakir adalah bersifat asing dan harus kekal asing daripada agenda negara ini.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan agar ceramah Dr Zakir yang dijadual berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), dibatalkan kerana ia dibimbangi boleh menjejas ketenteraman awam dan menjejaskan sensitiviti agama di Malaysia.
Dalam majlis yang sepatutnya diadakan pada 17 April berkenaan, Dr Zakir merancang untuk menyampaikan topik ‘ Similarities Between Hinduism and Islam ’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) .
Astro Awani
Mon Apr 11 2016

SUBRAMANIAM: Malaysia selama ini telah mempromosi perpaduan kaum dan agama.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Empat terbunuh, lebih 50 cedera bantah hina Nabi
Kenyataan didakwa dimuat naik pemuda Hindu mencetus ketegangan di bandar Borhanuddin yang menyaksikan kira-kira 20,000 penduduk Islam mengadakan protes dan menuntut hukuman bunuh ke atas suspek.

Masjid kampung dimusnahkan, ketegangan agama memuncak di Myanmar
Penduduk Islam di situ bimbang akan aspek keselamatan dan merancang untuk berpindah ke bandar terekat sehingga ketegangan itu reda.

Pensyarah Hindu cedera dalam serangan terbaru militan di Bangladesh
Kejadian seperti itu terus berlaku walaupun selepas pihak polis giat menjalankan operasi membanteras aktiviti militan di negara berkenaan.

Isu Zakir Naik: 'Waspada pihak yang boleh cetus perbalahan agama' - Dr Subramaniam
Presiden MIC itu mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berikutan arahan pembatalan ceramah Dr Zakir Naik di UTeM.