Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) Terengganu menyifatkan pemimpin Pas penakut kerana enggan mengisytiharkan harta mereka.
Pengerusinya Datuk Razali Idris berkata, pengisytiharan harta di kalangan wakil rakyat itu penting bagi membuktikan negara bersih dari rasuah dan salah guna kuasa.
Menurutnya, penolakan yang dilakukan parti Pas itu juga dilihat sebagai satu penolakan politik.
"Apabila dia ambil keputusan menolak pengisytiharan harta yang diusulkan di Parlimen baru-baru ini, kita nampak mereka ini seolah-olah rasa takut, dengan alasan yang dia tak dapat projek.
"Soalnya bukan mengenai projek. Soalnya kita nak tentukan harta kita hari ini ada berapa? Kalau harta kita itu halal, kita buat perniagaan dengan cara yang betul, kita bayar cukai, bayar apa-apa yang disyaratkan oleh kerajaan.
"Apa yang kita nak takut walaupun kita ada harta bilion ringgit? Jadi, penolakan Pas ni adalah penolakan politik. Apa yang kerajaan buat, dia tak setuju. Itu sahaja yang saya nampak," katanya.
Pada Isnin, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.
Bagaimanpun Pas menyatakan tidak akan menyokong usul itu kerana menurut Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man, Islam melarang umatnya berbuat demikian.
Katanya, dalam Islam, jika Allah memberi harta kepada mana-mana individu, mereka tidak boleh menghebohkannya kepada orang ramai.
Astro Awani
Tue Jul 02 2019

RAZALI: Penolakan Pas ni adalah penolakan politik. Apa yang kerajaan buat, dia tak setuju. Itu sahaja yang saya nampak. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SPRM buat laporan polis tuduhan ahli Bersatu
SPRM membuat laporan polis berkaitan tuduhan yang dipercayai dikeluarkan Ketua Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

PRU15: Bersatu Terengganu jangka agihan kerusi PN selesai dalam masa terdekat
Datuk Razali Idris berkata, meskipun beberapa siri perbincangan telah dilakukan, namun ia masih belum disimpul rapi bagi menentukannya.

Kritik PM: Kenyataan Teng Chang Khim biadab, tidak patriotik - Razali Idris
Tindakan seorang ADUN Bandar Baru Klang, Selangor daripada DAP yang mengkritik pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis Israel ke atas Palestin disifatkan biadap.

Isytihar harta: Bersatu T'ganu sifatkan pemimpin Pas penakut
Pengerusinya Datuk Razali Idris berkata, pengisytiharan harta di kalangan wakil rakyat itu penting bagi membuktikan negara bersih dari rasuah dan salah guna kuasa.